Skip to main content

Subhanallah...

Air mata baru saja kering...

I have a story. Semalam, in my Telegram group of ATPN, a friend told about a lady living in her area yang ditinggal suami, sedang pregnant with 5 kids. The lady just lost her job. Barang dapur dah habis. Minggu ni anak-anak makan maggi je. Bila baca rasa terpanggil sangat nak tolong. Tapi sedar diri yang tengah "kering kontang". Next payment for project quite far off sebab kerja tak siap lagi. Balance di CIMB pun tak seberapa. Tapi nekad kan hati. The lady needs money now more than I do. So, tawakkal dan transfer saja maximum yang boleh transfer dari balance dalam CIMB tu. Insyaallah, our friend akan guna untuk beli barang-barang dapur for the family.

Walaupun tak lah mengharap sangat, tapi selalu baca pasal hikmah bersedekah. Yang Allah janjikan 10 kali ganda pulangan. Lalu hati pun mengharap semoga dapat pulangan. Dalam kepala pikir, kot-kot dapat projek baru ke... Tapi Allah berikan sesuatu yang lebih manis. Dengan penuh pengajaran. Dekat 5 minit lepas terjadi, air mata tak putus-putus keluar.

Here's what happened. Tengahari tadi tengah buat kerja ada 2 orang datang kedai. Sekali tengok memang tau nak minta derma. So, I pun ignore je sebab Hubby ada kat belakang tengah service basikal. Lepas bagi salam, dua-dua berdiri depan pintu office dan request nak terangkan pasal rumah tahfiz dan anak yatim. I told them, "Boleh bercakap dengan Abang kot?". Yang tua sikit cakap, "Abang nampak sibuk sangat tu, cakap dengan Puan sekejap boleh?".

So, I pun entertain. They explained about wakaf rumah tahfiz dan anak yatim tu. It's RM30 seunit. I tengok file yang mereka tunjuk dan rasa yakin, and told him OK. I pun ambik duit tabung kedai yang I put aside sikit untuk charity. Ada RM60. Ramadhan we used some money for Gaza donation, so not much dalam tabung sekarang. Dalam resit I tulis wakaf atas nama "Pemilik Mysa Bike Hub". I thought that's the end of it.

But not. Yang tua sikit (I now know they are both Ustaz) cakap dia akan buat akad sebab ini wakaf. So, I kena ikut apa dia baca. Bacaan dia punya sayu - something along the line "semoga wakaf akan digunakan dengan jalan Allah fisabilillah, etc, etc". Lepas tu Ustaz tu kata, "saya nak baca doa sikit". I pun cakap Alhamdulillah dan angkat tangan. Ya Allah... doa dia... sayu sangat. Khas untuk Mysa Bike Hub dan pemilik serta ahli keluarga. Dia tanya nama I. So I gave him my name, then tanya pulak binti apa, and I gave him my full name. Dia sambung doa semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa I, semoga dianugerahkan dengan rezeki, diterima segala amalan... Imagine an Ustaz doakan kita depan-depan kita, sebut nama penuh kita dengan penuh khusyuk dan berterima kasih. Then dia kata malam Jumaat nanti anak-anak tahfiz dan anak-anak yatim akan buat tahlil (untuk those yang wakaf letak nama arwah-arwah) dan doa untuk semua nama-nama yang ada dalam resit tu. Insyaallah, dia kata.

When they left, rasa sedih sangat. Pengajaran yang sangat besar. Mungkin sedekah I semalam Allah tak ganti dengan duit 10 kali ganda. Tapi hari ni, Allah datangkan pada I dua orang Ustaz yang bersungguh-sungguh dan ikhlas doakan I. Subhanallah... (Air mata still bertakung...)

Comments