Skip to main content

Kayuh Lagi :)

Pagi ni kayuh lagi. Yeay, suka-suka. Aktiviti bertiga dengan Along Iwan. Route Bukit Mahkota, Nilai 3, Kg Batang Benar, Kg Pajam (Beranang - yang ni akak agak confuse sebab ingat Pajam kat Negeri Sembilan), Kg Sg Kembong (kecik-kecik dulu Raya ke 2 mesti pegi sini), keluar dekat Desa Mahkota, naik sikit bukit kubur Cina (akak sikit, yang lain naik), balik dan sarapan di Asik Maju. Total = 22.7kms.

Ride yang lebih menarik berbanding Nilai Impian sebab lalu jalan kampung yang suci murni. Tapi sambil tengok-tengok rumah dan kebun orang, kena selalu melihat di bumi nyata. Hampir-hampir terlanggar tahi lembu setompok besar tadi.
 Lalu bawah Highway LEKAS.
 Tak kuasa nak naik bukit ni. Tunggu bawah je. Tapi katanya ada jalan kat belah kanan yang tak curam sangat. Next time! Cita-cita tinggi nak conquer jambul kat atas bukit tu.

Comments