Skip to main content

Kayuh Suka Duka Lara

Akak kayuh semalam. Satu hari baru hilang penatnya. Dari Bukit Mahkota ke area kampung di Batang Benar, masuk off-road sikit dan patah balik - 26.5km. Sebenarnya ada lagi satu kayuhan kat sini dengan YB ADUN Bangi. Tapi agak malas nak join sebab rasanya pompuan tak ada. Dalam nak mengelak dari join kayuhan tu, terserempak jugak. Hensem Ustaz Shafie tu kan :).

So, akak panggil kayuhan suka duka lara sebab pergi suka, balik duka lara. Disebabkan orang tu dah apologise, tak yah la cerita kan. Tapi turun bukit jatuh dalam semak lah juga. I hate such off-roads - yang kena kayuh naik punya curam rasa nak terbalik dan putus nyawa. Bila turun pulak pun sangat curam, penuh batu kecil-kecil dan ada laluan air yang dalam kalau tayar termasuk dalam celah tu boleh tertonggeng. Bila brake pulak asyik slide. Dah la baru kayuh 27.5" ni dua kali. Dapat budget jatuh masuk semak tu safe lagi. Kalau jatuh atas batu-batu tu... ish, ish...   

Anyway... I'm sticking to kampung roads dan off-roads yang tak berapa teknikal. Kayuh bukan hari-hari pun. Dan bukan training nak masuk jamboree pun. Untuk suka-suka dan exercise. 
Selepas panjat 2 bukit, terus mencungap-cungap pendek nafas. Akak ni mana lah fit. Dapat naik bukit tu pun dah cukup terrer. 2-3 minit rehat pun tak hilang mengah, kena campak basikal dan duduk atas tanah. Bak kata Ahmad Nisfu - mintak nyawa, mintak nyawa...

Comments