Skip to main content

Hari Cashier Sedunia!

Hari ni I full-time jadi cashier dan salesperson di kedai. Aliyah telah selamat dibawa pulang ke kampung di KJ oleh Mak Longnya. Sebabnya, esok Hubby and I kena attend SRAM training. Hah! Tiba-tiba akak jadi mekanik basikal meh? Sebabnya Chot tak dapat nak pergi. So akak lah kena pergi. Semoga tak ada quiz dan sebarang hands-on training.

Isnin dan Selasa kena station kat client's office di PJ untuk review this annual report dengan printer. Paling penting - spec jangan tinggal. Kalau tak sia-sia saja. Itulah sebab Aliyah terpaksa dihantar ke KJ. Esok mak bapaknya tak ada. Minggu depan maknya duduk KJ. Jadi, cuti persekolahan bagi Aliyah telah bermula!

Tadi Mak Longnya SMS - wah, mereka berdua tengah tengok Ustaz Kazim di Oasis. Bagus anak aku... Kat rumah tak pernah pun tengok. Rupanya mereka berdua bergelak ketawa dengan lawak Ustaz. Gitu kisahnya...

So, here I am. Sedang edit manuscript iBook untuk dihantar ke "pihak berkenaan" untuk direview dan mendapatkan kelulusan. Aduh, JK Rowling masa tulis Harry Potter tak pernah pun mintak review dari sebarang child psychologist dan pihak agama. Terus meletop. Ini buku sebijik macam-macam authority nak review untuk sahkan suitability. Akak stress...

Macam mana pun, sambil bekerja, kerja sebagai cashier telah dijalankan dengan penuh jaya dan dedikasi. Sale sangat bagus hari ini. Esok ada Fun Ride di Bukit Mahkota. Alhamdulillah, kami dapat juga tempiasnya.

Comments