Skip to main content

New Materials for Tote Bags

Semalam ke Spotlight beli fabrics untuk tote bags. Stock fabrics dah sangat berkurangan. Lagi pun customer yang beli 2 beg sebelum Raya hari tu tanya boleh tak buat beg canvas warna hitam. Oleh sebab dia orang ke 2 yang tanya pasal black canvas, maknanya memang kena carilah tu.

Yang tak berapa best sale tak begitu hebat. Fabrics yang dulu pernah dapat gila-gila punya harga ada yang back to normal price. Sigh... tak apa lah kan. Dulu dah dapat harga runtuh, kali ni spend lah sikit! Sekali beli stock terus kempis purse. Ye la, takkan nak beli 2 potong je. Alang-alang dah datang kena lah beli banyak terus. Budak yang jaga section fabrics tu siap dah kenal 😁.
Love these fabrics😍. Ada yang cotton canvas untuk tote bags. Ada cotton lembut untuk buat project baru💪. Check out IG: aniza_creations and Carousell: carousell.com/nuranizah ye. 

Cakap pasal purse kempis, bulan ni memang purse bocor. Besar betul lubangnya. Lepas Raya washing machine rosak pulak. Sebenarnya tak lah rosak betul. Sensor untuk keluarkan air tak jalan. Dulu dah pernah repair sebab problem yang sama. Elok-elok selesai basuh terus keluar error. Mesin tu tak reti nak keluarkan air. Dah jadi semi-auto pulak. Kena guna gayung nak scoop out air. Lepas tu run sekali lagi. Bila dah selesai rinse, error lagi. Nak spin pun tak boleh.

Memandangkan washing machine tu dah berkhidmat dengan setia dan jayanya sejak tahun 2008, maka masanya tiba untuk dia pencen. Nak repair sah-sah mahal. Dan kebarangkalian akan jadi semula sangatlah tinggi. Terpaksalah beli washing machine baru. Berbekalkan app Lazada, kita orang survey options kat Home Pro. Lepas compare harga, jumpa yang OK dan tengah sale sempena Raya. Kat Lazada pun tak dapat harga tu👍. Alhamdulillah...  Tak apa lah, guna untuk basuh baju-baju my mother jugak. Semoga murah rezeki dapat ganti balik kandungan purse yang kempis kempus tu😊

Comments