Skip to main content

Hora-hora Raya

Khamis lepas berhora-hora raya dengan Mas dan Jay. Mas ajak jumpa tapi macam malas pulak nak ke Alam Impian. Lagi pun tengah nak cari kain untuk day curtain sliding door yang perlu sangat ditukar. Jadinya, ajak beraya di IOI Mall😁. Mas datang angkut Jay sekali. Dapat juga barang yang dipesan masa Jay pergi Vietnam dulu. Ies tak dapat ikut sebab ada training untuk urus setia Sukan SEA katanya. Kawan kita orang ni memang sejak sekolah kaki netball sampai sekarang👍.
Raya di Kenny Rogers. Kebetulan sehari sebelumnya birthday Mas. Kira celebrate birthday dia jugak. Si kecik Ayeem buat aunty-aunty berderau darah. Maknya pergi toilet kejap. Split second Ayeem boleh hilang! Memang tak boleh harap betul babysitter dua orang ni!

Jay balik awal sikit lepas lunch sebab kena kerja. Setelah round-round, tak jadi pun beli day curtain. Tapi terbeli kain cotton untuk cuba buat lazy pants. Ajak Mas jadi sparring partner. Kalau ada kawan, ada lah semangat nak cuba jahit😊. Tengoklah dalam seminggu dua ni kalau menjadi!

Mas ni best friend sejak Form 2. Sekali-sekala jumpa ni, rasa amazed how well Mas knows me. Even after all these years. Like a few weeks ago, dia pergi post kat group Telegram gambar orang peluk bantal bentuk lipas. Khas untuk Niza katanya😡. Hahaha... dia memang tau sangat kawan dia ni takut lipas! Masa nak bayar di Daiso, I cakap kat dia tak payah beli plastik. I keluarkan my tote bag yang memang sentiasa ada dalam handbag. Siap dia kata - kau memang sejak dulu seorang environmentalist! 😅

It takes a real friend to know a friend. Yang penting, memang kena jumpa selang sebulan paling kurang untuk hilangkan stress. Ni dia ajak pergi vacation. I need my "me time" kata dia. Sungguh tempting!

Comments