Skip to main content

MCO Day 119

Esok sekolah mula dibuka. Separuh dulu. Kita yang tak ada anak sekolah ni pun risau sebenarnya. Harap-harap semuanya OK. Local cases walaupun dah sangat kurang, ada pulak cluster baru. Satu saja kena selalu ingat dalam kepala - kita ni bukan kebal. Kalau local cases dah sangat kurang, import cases tu yang kita kena berhati-hati. Kat dunia luar sana tengah berperang. Haisshhh... 

Anyway... Memandangkan I dah sedar diri yang berat dah naik, sejak masuk bulan July ni start exercise balik. Tak keluar rumah pun, buat depan TV je. Mula-mula start dengan walking exercise. 2-3 hari ni combine - Body Project exercise 30min + walking exercise 15mins. Lepas ni nak kena naikkan intensity. Ni kira light-light saja compared to CBF classes dulu. Minggu lepas dapat 6 days in a week. Minggu ni pun target yang sama. Harap-harap boleh turun berat macam dulu-dulu!

Hari Ahad petang jalan-jalan di tasik dekat Ayer 8. Ramai juga orang. Tempat sewa basikal tu SOP entah ke mana...
Finally, my Asics sees the light of the day after months and months.
Actually keluar peluh lah juga walaupun kejap-kejap berenti tengok itu ini.
Yang ni helok sikit gambarnya. Muka tengah ada jerawat.
This place is really nice. Next time ingat nak bentang tikar picnic kat sini.
Jalan tak seberapa, makan yang lebih!

Minggu ni buat kimchi timun lagi. Yang minggu lepas punya dah habis. Laku pulak kimchi timun kat rumah ni!
Buat guna timun sebijik. Dapat dalam setengah balang ni.

Sewing wise... My friend Mas ordered 3 pairs of pants. Dua untuk anak dia Nisa, satu untuk dia. Progress kerja setakat ni? Zero!
Mas nak cotton linen untuk Nisa. Cari warna hitam, stock habis. Yang ada biru ni. Quite nice colour. Royal blue kot ni.
Lagi satu guna this grey cotton yang I beli dulu-dulu. Plan asal nak buat blouse tapi tak menjadi lagi. Tak apa, kasi jalan dulu. Nanti beli kain lain.
Mas pilih batik biru ni. Ada lagi satu pasang ya kot ada sapa-sapa nak.

Other going-ons at home...
Ada sesuatu yang baru di situ. Lepas sehari baru mak & anak perasan!
Setelah masuk bertahun kot, hari ni merasmikan senduk kayu ni. Rasanya Mas yang bagi. Best betul guna. Pasal apa la simpan je dalam laci sebelum ni!
Just nak tunjuk kegemukan cili api yang I petik pagi tadi. Seminggu dua ni rajin siram dengan air basuh beras rendam roti expired.

Stay safe. Follow SOP. Wear face masks. Avoid crowded places. If other people can't bother to maintain social distance, you just walk away from such idiots. 

Comments