Skip to main content

MCO Day 111

Hari ke-111 MCO di Malaysia. Daily cases memang dah sangat rendah sekarang. Alhamdulillah... Rasanya macam lama sangat dah suasana tak selamat masa mula-mula MCO dilaksanakan dulu. Satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan. Semoga keadaan macam sekarang terus bertambah baik. Negara kita pun dah dikategorikan sebagai "low risk". Insyaallah. Kena patuh SOP. 

Hari ni anak comel officially starts her 4th semester. Masih lagi online learning. Isnin hari yang paling free untuk dia. Cuma ada satu kelas. Lagi 4 hari full. Memang tak ke mana lah Mommy dia for the next 4 months! Anak comel did very well last semester. Alhamdulillah... Dalam dia dok komplen online learning ni bosan, dapat juga score. Semoga dia akan cemerlang juga semester ni. Doakan ya.

Semalam kumpul adik-beradik belah Melaka. As usual, lokasi di rumah Nor. Kiranya belated Raya gathering lah ni. Sejak MCO ini kali pertama jumpa semula. Asalnya anak-anak Kili nak mandi pool sebelum sekolah start balik nanti, alang-alang semua datang. Alhamdulillah semua ada kecuali family Pijal.
Twins bawak crinkly toys. Dah lunyai kena kerjakan. Malam sebelum tu I sempat buat lagi dua toys untuk comel dua orang ni. Tapi kecik sikit. 
Tengah panas lit-lit tu boleh mandi pool...
Nor dan Haleem belanja durian. Masyaallah... ada 4 jenis. Semoga murah rezeki adik-adik ipar.
Rasanya musim durian kali ni dapat rasa paling banyak variety durian. Alhamdulillah. Cukup lah tu untuk musim ni! Semalam dapat rasa musang king, D24, udang merah dan sultan. Tekak I ni rasa D24 juga yang sedap. I bukan taste mahal 😉
Anak comel dengan Mak Ngah dan Pak Ngah dia. Semalam dia dok belasah udang merah.

Stay safe ya! Follow SOP!

Comments