Skip to main content

MCO Day 9

The MCO has been extended till 14 April. Almost a month. For me, I've practised restricted movements for more than 2 months already. Punyalah plan anak comel balik cuti nak merayap ke IKEA... nak gi holiday la... Tak kesampaian. Compliance to the MCO is the only way to flatten the curve. Allah... doa banyak-banyak semoga kita semua dilindungi dari Covid-19.

Alhamdulillah my cough has started to subside. Ada ni sikit-skit terasa kalau macam banyak nau particles masuk hidung. Allergy lah tu.

Now, what have we been up to these days? Some days puasa. Ganti puasa, puasa sunat. Letih dah makan! Tapi sebenarnya masih lagi aktif makan!
A few days ago dah bosan makan nasi, kita buat lempeng pulak...
Makan dengan sambal ikan bilis. Kali ke 2 buat sambal ikan bilis minggu ni.
Malam tadi anak comel buat Dalgona coffee. Too thick kot jadi macam toffee. Ke memang macam tu? Tapi pening terus sebab Hubbs beli Nescafe Dark Roast. Guna cawan kecik ni susu tak banyak, topping yang banyak. Dah macam espresso pulak. Tapi sedap. Maka malam tadi akak korang terkebil-kebil tak boleh tidur!
Kobis ialah sayur paling tahan lama dan flexible. Sejak MCO ni dah buat goreng dengan tahu, goreng dengan kicap, buat sup sayur, goreng dengan daun kari dan kunyit serbuk sikit ala Mamak. Semalam goreng dengan telur, Habis idea dah! Lemak putih je tak buat lagi,

Sebagai ketua keluarga, Hubbs yang keluar pergi beli barang. Bahaya juga kalau I yang keluar. I ni clumsy sikit. Dah lah batuk baru nak baik. Tapi sebelum Hubbs keluar tu memang kena prepare siap-siap. Setakat ni baru keluar 2 kali beli barang.
2 days ago dia pergi Tesco I siap buatkan rough map. Dan letak checklist barang nak beli kat rak yang sepatutnya! Hehehe... cepat sikit dia cari barang kan. Memang ya, akak korang dah hafal aisles kat Tesco Bdr Puteri ni. Maklumlah tempat merayap paling dekat.
 We have the best ketua keluarga. Balik beli barang, Hubbs akan disinfect barang-barang. Termasuklah duit balance sekali!

What we binge on Netflix now? I teman anak comel tengok CLOY. Habis dah 16 episodes tengok 2nd time. Now tengah tengok balik Memories of the Alhambra. I tried watching Something in the Rain, after 4th episode rasa macam tak boleh masuk lah. The relationship between an older woman with a younger man is OK. I can't stand the side plots - the harassment at work, the idiot ex-boyfriend and the annoying mother. Sambil-sambil tu I also tried watching Arthdal Chronicles. Tapi tak kena dengan jiwa pulak. Savage sangat. Habiskan Descendants of the Sun lah, lepas tu nak start When Camellia Blooms.
Anak comel tak boleh move on lagi. She's watching CLOY again on her phone. Bila masak kat dapur, pasang OST. Mommy dia pun terjebak sama!

Now, what else to do? Dok fikir, kalau ada kucing ni bestnya boleh gomol... Anyway, here's one I suggest you do - qadha solat. Kita semua mesti ada tertinggal solat dulu-dulu kan. Zaman sekolah, zaman college, zaman kerja... Isshhh... mesti banyak. Why not everytime lepas solat wajib, qadha satu solat.

Stay safe all of you.

Comments