Skip to main content

MCO Day 14

Sepatutnya MCO berakhir hari ni sebelum disambung sampai 14 April. Kalau nak sampai ke 14 hari pun dah terseksa jiwa raga, ada lagi 14 hari nak hadap ni. Allah... masa ni baru tau perasaan terkepung ni. Tapi alhamdulillah I bersyukur sangat-sangat sebab walau kena stay home, sekurang-kurangnya selesa. Walaupun air-cond bilik ni tak berapa sejuk, tapi bila pasang ada lah rasa anginnya. Bila bosan boleh keluar jenguk kebun kejap. Kalau Unifi tak da cerita best, boleh bukak Netflix. Sambil-sambil boleh bukak phone sembang-sembang dengan kawan. Ada rasa nak timba ilmu boleh bukak macam-macam resources online untuk belajar. Sempat akak korang study macam mana nak buat berjenis-jenis face masks. Alhamdulillah... productive walaupun terjelepuk atas sofa.

Stay home ni dah tak ada cerita sebenarnya selain daripada masak dan makan. Masa ni lah dok teringin nak makan honey butter biscuit Texas Chicken la... pau BBQ ayam Mohd Chan la... Sushi King la... Bersabarlah wahai hati dan perut.

Now... around the house.
 Hari tu pesan Hubbs beli mushroom. Oyster mushroom biasa tak ada katanya. Dia bawak balik Shiitake mushroom. Mula-mula tak perasan ingatkan brown button mushroom. Lepas anak comel buat tempura baru perasan ada taste kat lidah sikit. Oooo... shiitake rupanya. Tak pernah beli sebelum ni. 
 So, I masukkan dalam stew Korea. Sedaplah jadinya 😋
 Lagi satu dia beli mushroom besar gedabak ni. King oyster rupanya. Pun tak pernah beli sebelum ni. So, I cuba pan-grill lepas I pan-grill one slice of beef. Masyaallah... delicious! Slice macam tu, letak olive oil, garam, blackpepper, oregano. Senang, cepat, sedap.
 Semalam buat rendang. Kalau seekor ni, my little family boleh makan 4 kali. Siap-siap bahagi 4 portion untuk masuk freezer. Semalam makan untuk buka puasa, tadi lunch. Ada lagi 2 bekas dalam freezer 💪.

Hari ni hari terakhir Samsung Steps Challenge. Memang tak de nya nak habis challenge situasi sekarang ni. Setakat tengahari ni dapat 110K lebih. Punyalah jauh ketinggalan. 
BookDoc buat challenge khas untuk Stay Home. Tak banyak. 60K steps saja 😊. Masak kat dapur je dah 1,000 lebih steps. Kena rajin sikit lah April ni. Selalu angan-angan je nak exercise.

Anak comel and I dah hampir habis tengok Memories of the Alhambra. Tinggal lagi 1 episode. Sekarang dah start tengok Descendants of the Sun. Tapi muka hero comel sangat macam tak kuasa. Dah biasa dengan muka Captain Ri CLOY 😍.

Mesin jahit I dah berhari-hari stay home tak bekerja. Seriously malas betul nak siapkan palazzo. Lemau betul.

Anyway, stay home. We can do this! Let's flatten the curve. Let's break the chain.

Stay safe all of you 😘.

Comments