Skip to main content

New Project

Setelah beberapa hari buat bookmarks, rasa bosan pun timbul. Time to move on to another project. Tapi dapatlah juga dalam 20++ bookmarks. Semua dah selamat letak kat Shopee dan Carousell. Manalah tau ada yang berminat nak beli kan?

Meh singgah my Shopee shop - https://shopee.com.my/aniza209. Guna Shopee murah sikit delivery charges.

So, my new project - insyaallah a charity work. Nama dah ada tapi nanti I buat poster dulu.

Projectnya ialah buat simple curtain. New curtains. Project Hari Raya. My personal project. Ada potential untuk kembangkan jadi macam Project Baju Raya yang selalu collect Raya clothes every year tu tapi sebab ini first time, I buatlah sorang-sorang dulu. Nak study logistics and other related matters dulu. So, mula dari sekarang nak jahit dan kumpul. Maklumlah, I ni jahit slow-mo sikit. Minggu lepas ke Nilai 3 survey kain langsir dan harga. Nak target kedai mana dan kain yang macam mana untuk beli nanti. Pusing-pusing dekat 5-6 kedai, jumpa satu kedai ni tengah clear stock kain langsir bidang 110". Very nice material. Harga daripada RM40 per meter, tinggal RM10 per meter. Tapi cuma ada 8 meter lah. Tanpa pikir panjang terus beli!
Inilah kainnya. Macam sweet-sweet je kan 😝?
The first one yang dah siap. Buat berdasarkan study langsir kat rumah ni dan logik saja sebenarnya. Alhamdulillah berjaya 💪
 Setakat ni dah siap 3 keping langsir. Jap lagi nak potong habis kain. Agak mencabar juga nak potong sebab kain tu besau!

I have not started going to my fitness classes yet. Ya Allah punyalah malas. Memang rasa sangat tidak fit sekarang. Last week berjaya jogging di Taman Botanikal Melaka sementara tunggu anak comel habis kelas. Alhamdulillah boleh lagi la jogging satu round yang cuma dalam 2 km. Jadinya, sementara masih OK lagi ni, dari hari Rabu mula exercise kat rumah ikut BodyProject. Semalam pinggang macam cramp. Punyalah sakit bila tunduk. Alahai, janganlah kena macam dulu-dulu. Tu la, padan muka malas nak exercise. Lama sangat tinggal. Bila mula balik badan macam dah keras 😅.
Hari ni nak kena habiskan 100,000 steps. Cubalah slow-slow...

Minggu ni anak comel tak balik. Next week terus cuti CNY. Kalau pinggang OK boleh ikut Hubbs pergi ride Putrajaya esok. I pergilah jogging keliling tasik ke apa sementara tunggu dia habis. Tapi kan, esok ada Cyberjaya Farmers' Market. Banyak makanan...😋

Comments