Skip to main content

These Days

New week, new month. It's December. Just days before year 2020. Dulu-dulu masa mula-mula keluar Wawasan 2020 rasa puluh-puluh tahun lagi. Muda belia lagi masa tu. Laaa... tahun depan je 😅? Tua dah akak korang ni!

I have less than one month to shed 5kgs. Itu azam tahun baru tahun lepas. Dan tahun ini. Dan mungkin juga tahun depan. Walaupun BMI sekarang normal, nak lah juga achieve target weight. Jadinya, pagi tadi rajin sungguh ke kelas Fit & Firm walaupun cuaca sejuk. Fit & Firm ni nama baru untuk kelas kita orang. Selasa selalunya Bootcamp. Memang terjelepuk tepi dinding dibuatnya 😫.
 Samsung challenge untuk December - berjaya dapat 1st star dengan jayanya 💪
 Ini salah satu rewards I dapat untuk virtual challenge BookDoc. Since I finished the Komugi challenge i.e 100,000 steps i.e Gold Medal, I dapat one free cheese pudding. Dan sebab I dapat Silver Medal i.e 50,000 steps, I dapat one 50% voucher for cheese pudding. Dan sebab I joined the challenge, I dapat one 25% voucher for cheese pudding. Hambik kau, 3 vouchers terus. So ironic lah kan. Steps challenge for health dapat reward cheese pudding 😆! Nanti anak comel balik nak pegi redeem lah.

I just started working on Hubb's kurta. Masa jahit untuk Raya dulu guna kain satin memang dengan penuh kepayahan. Kali ni guna kain cotton pun mengalami kepayahan. Senang cerita, buat kurta ni payah sikit 😅. Now tengah buat pocket. Esoklah sambung.
Tunjuk potong kain saja... Harap-harap dapat siapkan dengan perfect!

Around the house... My plants are, alhamdulillah, flourishing. Pagi dan petang memang my favourite time to go around check out on the plants. I guess, siram pokok guna air from our fish pond tu memang sangat membantu 😁.
 Lama tak tanam kacang botol. Ni baru mula balik. Dah start berbunga dan berbuah. Banyak pulak tu. Alhamdulillah.
 Remember this pokok petai I bought at MAHA? A few weeks ago dahan patah the cats main kat dalam pasu ni. Alhamdulillah masih selamat dan sihat,
 My precious pokok cili. Besar dan banyak buah. I can't remember the last time I bought cili api. Makan sendiri memang tak habis. Dok bagi orang.
 Hasil daripada kebun semalam.
 My favourite way of cooking kacang botol. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis. Tumis sampai garing. Lepas tu masukkan kacang botol. Yummehh...

Now, the cats. They have grown. Besar dah masing-masing.
Setelah rumah lama hancur berkecai dia orang main, Hubbs buat rumah baru semalam.
Petang tadi dia orang buat mesyuarat. Entah discuss pasal apalah agaknya...

Comments