Skip to main content

Jalan-jalan Putrajaya

Bila anak comel tak balik for the weekend, Mommy dan Abah dia kena cari aktiviti sendiri. Patutnya pagi tadi pergi walk di tempat yang Hubbs kata dia lalu masa dia cycle semalam, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tak jadi. Tapi, takkan nak mereput je kat rumah kan. Setelah jealous tengok gambar-gambar Ies dan Jay pergi Hutan Rekreasi Sijangkang, ajak jugalah Hubbs take a long walk petang tadi. Tapi tak jumpa tempat yang Hubbs cakap tu. Maklumlah, Putrajaya kan besau. Jadinya, memandangkan dah terlajak sampai di Taman Botani, pusing situ sajalah. Tak pernah pergi lagi sebenarnya!

Dekat 2 jam juga pusing taman tu. Walaupun panas sebab sampai dalam jam 4 petang. Very nice place for a walk. Macam-macam benda menarik kita orang jumpa 😊. We really enjoyed our walk. Siap belajar nama pokok la, tengok landscape menarik la... yang penting, we walked almost 10,000 steps 💪.
 Mula-mula sampai saja dah naik tangga tinggi ni.
 Sebelah Taman Botani ada Pusat Rekreasi Air. Boleh naik bot yang kayuh guna kaki tu untuk pusing-pusing tasik.
 Jauh termenung abang ni 😉
 Ada walkway ni yang pokok keliling tu pokok bunga kertas.
Ada juga pondok witch. Seram tengok muka dia. Siap ada couldron, unggun api... Dari jauh I ingatkan dia ni Gandalf 😆.
Last sekali sempat pusing Astaka Morocco. Memang tempat pengantin ambik gambar la astaka ni. Ada 2-3 couples siap dengan bridesmaids berkampung kat situ. We were amazed by the intricate designs of this place. Beautiful!

Esok lusa nak kena cari juga tempat yang Hubbs cakap tu. Taman Wawasan kot... We'll see.

Comments