Skip to main content

Trying New Eateries

Semalam hari makan sedunia😄. Try masak resepi baru (tweak sikit saja) dan cuba makan di tempat baru. After solat Jumaat, Hubbs bukak kandang dan lepaskan anak comel and I di IOI City Mall untuk beberapa jam😁. Memandangkan payment untuk kerja translation dah dapat, memang plan nak cari handbag untuk ganti old handbag yang dah berderai tu. Tapi, as usual, I memang sangat susah nak cari handbag yang sesuai. Dan akhirnya, as usual juga, anak comel yang dapat barang dia dulu! Ni dia baru saja jenguk kepala tanya boleh tak nak pergi IOI City Mall lagi hari ni sebab nak beli phone casing yang dia jumpa semalam😒.
 Kari kambing for lunch yesterday. Yang bezanya I used yogurt instead of santan. Creamier. Tastier. And healthier I guess.
Hubbs said this kerabu accompanied the kari kambing perfectly. Ada chopped tomatoes, cili api and shallots, the usual ingredients of kerabu I always use, and for the veges - ulam raja, pegaga, sireh cina and belalai gajah. Sihat gila bahan-bahannya! Semua from my little garden.
I love that wooden spatula I bought at Pasar Songgoriti masa trip Surabaya dulu. Sangat best guna untuk mix kerabu and stuff, and untuk masak especially masa menumis. Should have bought myself a few more!

Sebenarnya masa I kutip veges untuk kerabu tu teringat kat cerita P. Ramlee Laksamana Do Re Mi. Yang dia orang tinggal rumah atas pokok tu. Mi balik dari pasar bagi Re bakul ada sayur. Lepas gaduh-gaduh sikit, Re keluarkan sayur daripada bakul dan kata - "Sayur? Sayur konon. Mana rumput dia pegi kutip, sayur!"😂Adoii... akak pun kutip rumput buat sayur!

Anak comel kalau berjalan dengan dia memang asyik lapar je. Tapi kurus macam tu jugak. Semalam baru jam 3 lebih dia dah ajak tea! Demand pulak tu. Nak try Dip n Dip😒. Mummy dia bukannya makan chocolate pun.
 She ate this huge waffle. Habis!
 Crepe ni ada chocolate sauce on the side. So, this I can eat. Actually chocolate sauce dia memang sedap lah. Belgian chocolate katanya. Just that, I told Aliyah - here you should eat with someone who appreciates chocolates lah. Mommy not a good company!

Hubbs joined us for dinner. Since I have Sakae Sushi vouchers, we decided to try. Tapi sebab overdose on desserts petang tadi, dinner tak makan sangat pun. So, tak cukup pun RM50 to use the vouchers. Ceehhh... Anyway, anak comel prefers Sushi King. 
I had this chawanmushi. Sedaapppp...

Comments