Skip to main content

First Week of New Business

We officially started our new venture this week. Plannya ialah untuk beli stock every Friday morning. So, all orders to confirm by Thursday afternoon. Blast product offering kepada yang kenal dan yang tinggal dekat saja dulu. Lepas ni baru bukak sikit radius tu.

Alhamdulillah first week agak memberangsangkan. Berbekalkan chiller box putih tu, we bought some stocks - salmon fillets, beef, lamb shoulders, sausages, lasagna, pies... Petang tu terus start buat delivery kepada customer pertama iaitu Kak Ros. Hehehe... jual kat kakak ipar dulu! Thank you so much pada yang jadi antara customer terawal. Siap dapat free gift lagi😁.

Seronok sebenarnya buat business ni kan. Macam masa bukak kedai dulu. Meet friends, make new friends... Dah lama terperap kat rumah mengadap laptop dan barang-barang kraf ni, keluar jumpa orang memang best betul rasa 😊.
Start balik tulis buku resit dan buat accounts.

Here are some of the products we source out from Yatt's shop i.e. Fresh Meat Shop. Insyaallah air-flown so they are fresh, of high quality, halal dan toyyiban, and most importantly harga lebih rendah daripada supermarkets besar. Why? Sebab direct from supplier dan packaging plastik biasa saja, so customer tak perlu bayar lebih untuk packaging yang mahal yang akhirnya akan masuk tong sampah juga.
 Lamb shoulders with bone. Lebih tebal daripada biasa. Kalau grill jadi juicy and tender. Nak buat kari kambing, boleh request cut into cubes.
 This is my favourite - chicken sausage with onion and wild garlic. Jumbo size. Masak ni sorang makan satu je!
 Salmon from Chile. Bila deliver akan potong into fillets unless request tak nak potong. First time I beli dulu untuk makan sendiri konon-konon tak nak potong. Dapat gedabak macam tu potong sendiri tak cantik sebab pisau tak cukup tajam😅. Separuh salmon ni akan potong 5 sahaja filletnya dan individually packed. Imagine how big one fillet is!
Salmon cutlets pun ada. Cheaper than the fillets. Siapa-siapa yang masuk program Jom Kurus tu boleh lah beli ni!
Lagi satu, we also sell this. Sambal Garing Che Nor yang sangat sedap. I dulu sebenarnya beli kat kedai jeruk masa holiday kat Penang. Punyalah sedap. Bila dah habis kena cari stockist nak beli. Just nice pulak we started the meat business. So, I pun masukkan as one of product offerings. Sebab makan ni memang kena repeat punya!

Ada banyak lagi ni. Premium beef like rib eye or sirloin yang mahal-mahal kat Cold Storage tu, boleh dapat murah lagi with us. Of same quality and freshness. Insyaallah kalau tempat tu bukan 500km away, we can deliver to you😁. So, leave comments if you are interested. Or WA: 012-973 1448.

Comments