It is now PKPB for Selangor. Alhamdulillah. At least dah masuk kategori kurang merbahaya. Kalau tak tu rasa macam teruknya lah orang Selangor ni nak jangkit kat orang lain. I believe it's just the same. Duduk negeri mana pun, kalau tak jaga SOP, akan spread juga. Jaga diri sendiri, jaga keluarga, practise sosial distancing. Selebihnya tawakal. Hidup kenalah diteruskan.
It's been scorchingly hot these past weeks. Lately ni baru hujan turun. My gardening activities masih diteruskan walaupun tak semai benih sayur baru. Panas sangat. Even tanam anak pokok jagung baru pun tak berjaya hidup.
I started March with a bang. Fitness wise. I managed to complete February Samsung challenge. Bukan senang nak dapat sebab February ada 28 hari je. Daily kena maintain dekat 7,400 steps. I managed to do it. Early March rasa macam lalalala je maintain 7,500 steps a day. But it didn't last long. Last Thurday I got my bout of SVT. Dah berbulan-bulan tak kena. Even though heartrate tak lah teruk pun tapi kali ni tersadai berhari-hari tak boleh buat apa. I felt breathless and my chest felt so tight. Even solat dari sujud berdiri balik pun rasa breathless. Allah... Alhamdulillah dari semalam dah rasa sihat cuma tak berani nak exercise lagi. So my step count has lagged behind. Nak catch up macam malas dah!
Seminggu sebenarnya tak masak ni! Hubbs kata tunggu sihat betul baru masak. Jadinya, hari-hari kerja belek Foodpanda dan GrabFood! Sampai dah tak tau nak order apa. Hari ni sebab dah rasa OK, keluar kejap dengan anak comel for lunch. Dia tengah final exam sekarang ni. Tinggal lagi 2 papers for this semester. As a mother, kita ni memang ada instinct lah kan. Boleh tau anak kita ni tengah stress walaupun dia tak tunjuk. Hari ni try new place di Seksyen 9 - MyViets. Kita try makanan Vietnam pulak.
Sewing? Masih belum gerak lagi! Lately dok repair clothing je. Tukau getah pinggang lah. Pendekkan hem lah. Adalah projek dalam kepala tapi masih dalam kepala saja!
Take care all of you. Register vaccine Covid-19 ya tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Vaccine tu bukan nak menyembuhkan penyakit ya. Dan kalau ambik vaccine, memang tak ada 100% guarantee yang kita tak akan kena jangkitan. Tapi, kita nak create herd immunity. Kita nak protect diri kita dan orang keliling kita. Kalau ditakdirkan kita dapat jangkitan, kebarangkalian keterukkan jangkitan tu mungkin kurang berbanding kalau kita tak ambik vaccine. So, meh lah kita jalankan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat, sekaligus tanggungjawab sebagai orang Islam. Tapi tak ada paksaan. Cuma kalau tak nak ambik, janganlah condemn orang yang nak ambik. Sebenarnya, anda patut berterima kasih pada mereka yang ambik dan nak ambik. Sebab mereka lah yang akan create herd immunity dan menyelamatkan nyawa anda.
Kalau tak paham, research. Kalau degil tak nak paham, all I can say is - tu la, dulu masa cikgu ajau Sains ko tido.
Comments