Skip to main content

MCO Day 289

It's the last day of 2020! Tapi rasa macam hari-hari biasa saja kan? I heard there won't be any fireworks tonight. To celebrate the coming of the new year, today's Covid-19 cases is record high - at 2525! Pening kepala I...

But you know what, life goes on. I guess by now we have already accepted the fact that the virus will be around for many, many moons to come if not years. Hiduplah dengan the new norms. Cuma I agak sangsi kenapa by now ramai lagi yang tak reti-reti nak buat penjarakan fizikal kat tempat sesak. Takkan tak biasa kot? Dari bulan March kot? Sighhh... 

These few weeks have been abuzz with news on vaccine. Alhamdulillah. Kita kat Tanah Melayu ni dapat February nanti. Sabar saja lah menunggu. Sebab sabar sangatlah sampai I tak da mood langsung nak update blog tau.

Anyway... PKPB di Selangor dan KL dilanjutkan sampai 14 January. Setakat ni Selangor selalu champion dengan cases paling tinggi. Tapi taklah terasa sangat sebenarnya sebab dah boleh ke sana ke mari. In fact, esok insyaallah I akan berjimba-jimba dengan kawan-kawan. Lama betul tak travel dengan dia orang. Ni tengah menung nak packing dah tak ingat nak bawak apa. Tapi tak lama mana pun. Esok pergi, Sabtu balik. Jay dan Ies dah sampai di destinasi. Dia orang pergi sehari awal. Insyaallah esok I pergi dengan Mas. Dia bawak 2-3 orang askar dia. Patut anak comel ikut sama tapi last minute eye infection pulak. Dia duduk rumah lah dengan Abah dia.

Bulan ni I sangat berbangga sebab berjaya habiskan Samsung Challenge 2 hari lebih awal.

Setakat ni ranking dalam 358000++ out of 1.15++ million. Waaahhh... lompat bintang I dibuatnya. Well... literally!

I have exercised regularly this month. At least 3 days a week. Actually dah improve sikit - 4 days a week. Walaupun berat agak liat nak turun, badan rasa ringan sikit. Waist and bums pun dah hilang 1/2 inci. Hahaha... tak banyak pun tapi I do feel healthy. Biasanya pukul 5.30petang tu I dah siap-siap then turun bukak Youtube. Yang I selalu ikut - Walking exercise by Leslie Sansone, selang dengan Body Project. Kalau sempat I buat dua-dua terus. Dapatlah dalam sejam workout. Insyaallah semoga istiqomah!

My sewing is progressing. Dah rajin sikit. Baru je siap buat this new bag I found called Origami bag. Quite an easy and fast project. Insyaallah boleh buat untuk jual.

Dalam dia lipat-lipat macam origami. Ini test bag. Ingat nak bagi someone as present.
Hubbs mintak buatkan hammock untuk cage kucing ni. Mula-mula buat satu je tapi macam berebut pulak. So I made another one.

We actually have 4 kittens at home now. Grandma cat tu beranak kat rumah neighbour depan tapi bila anak dah besau sikit, dia angkut balik sini. So, letaklah dalam cage ni. Mula-mula bila malam saja kena perhambat masing-masing masuk dalam cage. Tapi sejak ada hammock ni, bila time tidur je masing-masing pandai masuk sendiri.
Yang atas tu Bubu dan Amoi. Ha ah, recycle nama sebab malas nak pikir. Yang bawah tu Shin-ju dan Nate. Shin-ju sempena nama Vet dalam cerita Tale of the Nine Tailed - Lee Yeon's sidekick tu. Nate - Kenit sebab kecik sangat orangnya. Itupun nama recycle. Mula-mula semua sihat tapi 2-3 hari ni Shin-ju dengan Amoi tu nampak macam sakit sikit. Faktor cuaca kot...

My kebun... agak stagnant. I semai benih sayur tak nak naik pulak. Pelik betul. Actually macam suspect one of the bigger cats ni dok weewee dalam tu lah. Haisshhh... macam mana nak tumbuh macam tu!

My k-drama pulak... I dah habis tengok Hospital Playlist. Nice story. Dah habis tengok terus tengok balik first episode. Sebab first episode tu macam huru-hara sikit. Sambil-sambil I always have Goblin on my watch list. Tengah 2nd episode. Ini 3rd round tengok! Entahlah, soundtrack best kot... or is it because of the cinematography... everything was good so I just feel like watching. It's Okay to Not be Okay is still in my watch list. Stuck kat episode 4. Tu tak tau bila nak sambung. I also have started on Do Do Sol Sol La La Sol. Baru first episode. Review kata best. Will see... Others on my watch list - Midnight Diner. Ini cerita Jepun. Very short series dalam 30mins saja per episode. Simple story about normal people.  

Since tak boleh travel ke mana-mana, rajinlah tengok-tengok nice places on IG. I just started following this Jeju travel IG. Sekarang tengah dok post winter photos and videos of Jeju. Terus rasa macam nak nau pergi lah. So I started to rewatch Hyori Bed & Breakfast. Jadilah kan... Know what, I should have watched all these k-dramas before I went to Jeju last time. Sebab by now banyak Korean words and phrases I dah tau. Kalau dengar lagu Korea, I can understand at least 2-3 words. Haaa... OK lah kan?

Stay safe all of you! Happy new year. May 2021 be a very good year. Insyaallah.

Comments