Skip to main content

MCO Day 238

CMCO for Selangor which was supposed to end yesterday has been extended until 6 December. In fact, the whole country is being placed under CMCO except Perlis, Kelantan and Pahang (updated: tersalah pulak😅). There goes anak comel's semester break. Kesian dia... Since cases are really high in Hulu Langat especially Kajang, we just stay put at home. Nak ke Bandar Baru Bangi pun fikir banyak kali. 

Let's see... Since Hubbs has started running again this WFH period, I too have started exercising. Nak keluar ke retention pond tu agak risky, so I just exercise ikut YouTube. Setakat ni dah 5 hari with 1 day break in between. Alhamdulillah my heartrate looks good. Bila rasa sihat ni mula lah fikir macam tak payah pergi appointment hospital kot... For now I buat walking exercise then break dengan Body Project then back to walking exercise. Walking tu pun pilih yang high intensity sikit. Itu pasal malam-malam badan sakit-sakit! But it feels good to exercise again. Penat dah layan risau kot jadi macam hari tu sampai kena masuk hospital. Hasilnya berat badan pun naik kan? Insyaallah setakat ni sihat-sihat saja.

Karrimor ni dah jadi indoor shoes. Siap basuh scrub tapak semua. Walaupun indoor exercise saja, habis lencun baju dengan peluh!
Challenged Hubbs on Samsung Health. I menang sekali je. Lagi 2 kali dia menang.

Just realised it's already November. Tahun 2020 ni memang tak buat apa kan? Tau-tau dah sampai hujung tahun. Patutnya bulan ni ada trip achik-achik ke tempat sejuk yang memerlukan I pinjam sekali lagi winter jacket anak Mas. Alhamdulillah belum bayar deposit ke apa. Selamat duit! Tapi hari tu siap mimpi tanya Jay - "Jayyyy, flight kita pukul berapa???". Hahaha... the mind remembers sampai bawak ke mimpi. Tahun lepas bulan ni I pergi Jeju. Alahai... teringat bertapa bestnya autumn di Jeju.
This was taken on our last day in Jeju. Such beautiful, beautiful place. Jeju ni memang tempat yang rasa nak pergi at least 2 kali. Banyak tempat nak explore. During spring would be nice...
Gambar calendar untuk November ialah trip ke Kota Kinabalu. Tapi trip ni February 2018. Actually October-November memang time pergi trip dengan kawan-kawan. Almost every year. Well... disamping bulan-bulan lain kalau ada kesempatan! Time ni tengah get ready nak zipline Pulau Gaya ke Pulau Sapi

OK, done reminiscence travel dengan geng achik-achik. Sigh...

My sewing project agak stagnant. Lepas buat palazzo untuk Anor, I buat face mask, tolong jahit tepi projek cadar Ati, that's it. I'm supposed to make myself a blouse. Belum berkesempatan lagi.
Dua pasang palazzo untuk Anor. She loved it! Alhamdulillah... 

The reason for my sewing project to be put on hold - I tengah dalam mood tengok cerita Korea! Hahaha... dah tak dapat nak travel ke mana-mana, kita tengoklah negara lain dalam K-Drama. As usual, anak comel and I can't wait for new episodes of Tale of the Nine Tailed. Semakin suspen pulak storylinenya.
Belanja lagi satu gambar Lee Yeon. Episode 9. Tengah luka calar-balar macam tu pun maintain handsome lagi! 

I dah habis tengok Goblin. Sangat waahhhh... Rasanya memang akan tengok lagi satu round!
Superb cast. I love this kind of story. Yang fantasy out of this world ni.

Tapi I pun sebenarnya suka tengok variety show yang ada kena mengena dengan travel and food. Dulu I went crazy over Hyori Bed and Breakfast. Bila suggest kat Mas, dia kata tak boleh masuk! Maybe sebab filming dekat Jeju and made me see more places on that island yang tak pergi lagi. But I actually like people interaction in such shows. Ceritanya biasa-biasa saja tapi dia orang ni pandai betul buat yang biasa jadi spectacular. 
I just finished watching these funny guys again on 3 Meals a Day Fishing Village. Know what, I wouldn't mind staying on that small island. Such beautiful place to stay. Asalkan boleh keluar ke mainland pergi jalan-jalan shopping complex 2 minggu sekali! 

Stay safe people! And stay healthy!

Comments