Skip to main content

3 Feb 2018 - Pulau Sapi & Gaya

Hari ni plan ialah ke Pulau Sapi dan Pulau Gaya. Untuk sarapan, teringin nak cari makanan biasa iaitu roti canai dan nasi lemak. Emmm... tengah fikir ni, I think it was a bad idea. Mula-mula cari kedai mamak untuk roti canai dan teh tarik. Tapau sekali kari kambing dan murtabak. Lepas tu on the way nak balik ke kereta, jumpa gerai yang jual nasi lemak kuning dalam plastik. Pun beli juga buat bekalan. Maklumlah, seharian plan nak duduk di pulau kan.

Untuk ke pulau, kena ambil boat di Jesselton Point Ferry Terminal. Tak lah jauh sangat tapi parking penuh sebab hari Sabtu. Oleh sebab tak ada langsung parking, pusing one round dan park di satu mall ni yang agak dekat dengan terminal. So, cara beli tiket ialah - pilih saja daripada beberapa kaunter yang ada. Ada tulis terang-terang pada kaunter tu destinasi boat. Agak-agak sajalah mana yang OK. Masa beli tiket, dia akan tanya nak balik jam berapa. Pastikan punctual ya bila nak balik tu sebab boat akan tunggu.
Perjalanan ke Pulau Sapi dalam 15 minutes saja. 

Sampai sana terus booking untuk Coral Flyer Zipline. Tengok daripada jauh orang lain turun memang agak seriau. Zipline ni dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi yang panjangnya dalam 250 meter. Kos untuk seorang (masa we all pergi hari tu) ialah RM68.

Bila sampai masanya, simpan bag dekat kaunter dan naik boat untuk seberang ke Pulau Gaya. Sampai sana cabaran pun bermula. Pertama sekali, akan dipakaikan dengan harness dan helmet. Kena dengar instructions dan safety briefing. Lepas tu kena panjat bukit yang agak curam. Mencungaplah juga. Yang buat payah sebab pakai sandal getah. 
Masa tunggu turn nak pakai harness. Rasa macam nak cancel saja!
 Sebelum turun zipline. Muka masing-masing pucat 😁.
Buat-buat berani...
Nak kena turun ni... Memang gayat. Tangan dah berpeluh-peluh. Rasanya memang tak lekat tangan kat pemegang! 2-3 kali cakap kat adik yang jaga tu - jap-jap jangan lepas dulu,nak lap tangan!

Bila dilepaskan... tak boleh nak describe the feeling. Takut + gayat + kecut perut + exhilaration. Memang menjerit lah tapi kejap ja rasa takut tu. Sempat lagi tengok permandangan laut di kiri kanan! Kalau berat, memang laju saja sampai terus ke platform. Shake yang ringan tu awal-awal lagi dia orang dah get ready di seberang. Dia kena tangkap tali supaya boleh ditarik ke atas platform. Kalau tak, nanti tergantung-gantung kena rescue sebab ringan 😅!
Haha... agak seksa adik tu tarik! Bila sampai ni rasa punyalah lega.
Punyalah happy berjaya atasi cabaran. Muka masing-masing baru nampak merah sikit!

Rasa tak percaya pun ada. Tapi memang satu pengalaman yang sangat mengujakan. Conquer the fear. Ingat lagi, masa atas platform tu macam-macam perasaan ada. Paling kuat - apa kerja bodoh yang aku nak buat ni? Rasa nak ja angkat tangan dan surrender - sorry, I'm not up to this. Tapi, lap juga tangan yang berpeluh-peluh tu. Tabahkan saja jantung yang berdegup laju macam nak terkeluar tu. Dalam perut bukan saja butterfly, segala bees, birds, dinosaur pun ada dok bergumpal dalam tu. 

We all agreed that it was so worth it. Rasa nak lompat bintang pun ada! Hahaha... Anyway, lepas tu terus sewa snorkeling gear dan life jacket dan terjun laut. But then, by the time masuk laut, air agak rough. Tempat yang best nak snorkel ada red flag pulak. So we went to the other side of the island. Bila masuk dalam laut, tak nampak apa sangat sebab air mula pasang kot. So, kita orang just mandi-mandi saja.
Ok gak terapung saja di laut sambil cerita-cerita 😀.

Bila sampai time balik, orang agak ramai. Ada misunderstanding so we had to wait quite some time for our boat. Langit dah start gelap, air pun nampak berombak-ombak... Suspen juga ni.
Sabar sajalah tunggu boat sampai!

Perjalanan balik agak mencabar. Laut bergelora especially bila dah nak sampai jetty. Melambung-lambung juga dalam boat. Driver boat boleh pulak buat stunt cornar baring sebelum parking 😅. Tapi best! Hahaha... bila dah overdose on adventure itulah jadinya.

Malamnya we went out for dinner. Tak ada siapa ada tenaga nak masak. Kita orang pergi ke gerai-gerai seafood yang banyak di area orang panggil Dataran Todak. OKlah, sedap juga. Harga pun boleh tahan walaupun masak sendiri definitely lagi murah. Tapi masa ni Ies start rasa tak sihat. Orang lain semua OK. So, we ruled out the seafood that we had there.

Sebelum Subuh, I pulak start tak sihat. Jay pulak somewhere in between. Yang OK Shake sorang. Bila postmortem agaknya the breakfast or lunch that we had. It could be the kari kambing or the nasi lemak kuning. But then, 2-3 orang yang I kenal semuanya sakit perut bila ke KK. So, standard lah kot. Good thing semua aktiviti dah selesai. Cuma esoknya nak jalan-jalan ke pasar tamu saja. Dugaan... Yang penting, we had so much fun that day!

#travel #kotakinabalu #coralflying #zipline

Next: 4 Feb 2018 - Last Day in KK

Comments