Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Our Little Adventure

Siapa sangka anak comel ada sense of adventure... Today she showed me a different side of her personality. Mungkin sebab dah matured sikit kot. Bagus jugak dia ikut school trip pergi Pangkor hari tu. Memang ada sedikit perubahan👍. We declared today as "Hari Train Sedunia"🚋. Naik turun train dari jam 11.30 pagi tadi hinggalah selamat sampai rumah jam 6 petang😅. Hubbs kerja so it's just the two of us. We started with a short drive to MRT Kajang. Park kereta kat sana dan ambil MRT ke Cochrane. Dah berminggu dia sibuk ajak pergi MyTown. It took us only 35 minutes. Journey was really pleasant. Tambang pun agak murah. Map kat belakang ni sangat penting. Bersimpang-siur rail tracks di Lembah Kelang. Study saja map tu untuk plan journey. MyTown was so-so lah. IOI City Mall lagi best😊. Tapi anak comel sangat teruja bila jumpa kedai-kedai biasa dia! Boleh hilang akal masuk H&M😆 Yang penting sangat ke MyTown tu bukan apa... Nak try makan kat KyoChon. Anak co

This and That

Jarang jahit tote bag dalam keadaan stress. Patutnya hobby yang menenangkan fikiran tapi masalah dengan akak korang ni, bila ada orang order mintak customise, terus jadi nervous. I have this order to sew Japanese knot bag, tapi asyik tak jadi je! First attempt - mengada guna interfacing sebab konon-konon nak kasi sturdy sikit. Tapi tak sesuai dengan knot bag sebab bila "di-knot-kan" beg tu jadi kejung je. Second attempt - tempat yang I selalu fail tu FAIL lagi! Yang tu tiada maaf terus. So, lipat-lipat strapnya jadi tempat isi benang. Third one - hampir jadi tapi ada one minor defect pulak. Ada terlebih sikit so jahitan tu macam berlapik sikit. I sent the customer a message saying I need a bit more time to finish. She actually said - if not too obvious, she's OK. But then, I don't feel comfortable selling something with defect albeit just a teeney weeny one. That one I gave to anak comel😍. Just before lunch tadi akhirnya berjaya jahit insyaallah perfect - after 4

More Tote Bags

Memandangkan sekarang tengah tak ada project, I'm now focusing on making tote bags. Tapi malasnya ya amat... buat kejap, pas tu gi buat benda lain, pas tu sambung balik, baru 10 minit tengok drama Korea pulak😆... Lagi pulak sekarang asyik mendung dan hujan kan, ngantuk je. But then, I thought to myself - Allah bagi masa untuk rehat sikit sebab mungkin dulu-dulu dah teruk kerja dan jaga anak comel. Sekarang masa nak ganti tidur yang tak cukup dulu! (Alasan!) Minggu lepas my SIL Mijah tanya kalau dia boleh jualkan my tote bags masa event kat college dia bulan depan. Alhamdulillah... tu yang semangat nak menambah koleksi bag. Hari ni tengah layan sorang potential customer dari Carousell. Dah confirm nak satu knot bag tapi kena jahit baru sebab dia nak kain hibiscus tu. Maybe nak satu small tote bag dan satu wristlet yang ada zip. I sebelum ni agak fail jahit zip. Bukan apa, sebab jarang jahit. Sesekali jahit huru-hara! Insyaallah kali ni ada sebab nak pastikan jahitan tu cantik sik

More Makan... I Really Need to Lose Weight!

Semalam Hubbs tak kerja malam. So, we went out for dinner. Tak da idea nak makan apa around here. Nak pergi Alamanda penat fikir nak makan mana. Finally dapat idea mentol LED terang-benderang bersinar atas kepala - we haven't tried RSMY yang dah ada branch kat Bandar Baru Bangi. Perut pun memang sangat lapar. Sesuai sangat! When we arrived, orang memang ramai. Sama saja macam kat KL, meja susun rapat-rapat. Kat luar cuma ada satu meja kosong yang betul-betul kat tengah-tengah. Kalau borak sampai hujung jalan dengar nanti😆. So we went inside. Lagi comfortable actually sebab ada air-cond. Service wise - sangat lah laju 👍. Hubbs tanya - berapa lama boleh dapat? Waiter kata - 5 minit. Memang betul 5 minit! Hubbs and I both had naan cheese. Anak comel ordered special which she only finished half. Punyalah banyak cheese. Yang biasa pun dah cukup melimpah-ruah. Yang dalam mangkuk tu kema daging yang sangat sangat sedap😋! (Alamak! Terus rasa perut lapar. Jap lagi nak panaskan lagi

Lonely Weekend

I spent the weekend mainly alone. In a way, I kind of enjoy it. Tapi 2 hari tu kira dah maksimum kot! Aliyah went for her school trip to Pulau Pangkor from Friday night. She came back last night. Hubbs worked the whole weekend till late night. Siap pergi meeting adik-beradik. So I was home alone😊. Bila dah sorang-sorang, yang paling tak dijaga ialah makan. For those 2 days, we both had heavy breakfast dan lepas tu tak payah fikir pasal makan dah! Rindunya ya amat dengan anak comel ni💋 What I did when I was alone? Gardening, of course. Weeds dah sangat banyak. Cabut weeds, cantas pokok, bakar daun. Macam orang duduk kampung😄. Lepas tu tengok TV. There was this show on NatGeo People about living simple lives. Allah... bila fikir, how I wish we can live that kind of life. Tak payah lah nak fikir beli macam-macam. Aim jadi minimalist. This might be a bit too much la kan. Duduk isolated kat pulau di Norway. Sampai nak makan ikan pun kena dive and catch dengan harpoon. Tapi san

Nothing New

Life is as usual. Day in and day out. Minggu ni pun tak berapa nak sihat sebenarnya. I don't know why my right jaw hurts so bad. Bila pikir-pikir balik, when I was little, I once got hit by a swing at that exact spot. It was at a playground near our house in PJ and I miscalculated the bullet-speed moving swing by walking pass by. Zaman tu swing jenis papan kayu berat selalunya bukan duduk pun, berdiri atas papan kayu tu dan hayun setinggi boleh. Melambung lah jugak. Masa tu memang sakit. Tapi biasalah masa kecik-kecik kalau accident macam tu bila balik mana ada cerita kat mak. Silap haribulan kita yang kena cubit. I guess bila dah tua-tua ni, benda-benda macam tu datang balik sakitnya😖. Let's see... my garden dah mula berkurangan sayurnya. Kecuali pucuk ubi yang sedang naik dengan jayanya. Sekarang tengah semai kailan. Nampak pagi tadi macam ada tunas dah tumbuh. Semoga kali ni dapat makan kailan pulak😊. I took a few days break from sewing. Kali ke 4 jahit knot bag fail j

Trying New Eateries

Semalam hari makan sedunia😄. Try masak resepi baru (tweak sikit saja) dan cuba makan di tempat baru. After solat Jumaat, Hubbs bukak kandang dan lepaskan anak comel and I di IOI City Mall untuk beberapa jam😁. Memandangkan payment untuk kerja translation dah dapat, memang plan nak cari handbag untuk ganti old handbag yang dah berderai tu. Tapi, as usual, I memang sangat susah nak cari handbag yang sesuai. Dan akhirnya, as usual juga, anak comel yang dapat barang dia dulu! Ni dia baru saja jenguk kepala tanya boleh tak nak pergi IOI City Mall lagi hari ni sebab nak beli phone casing yang dia jumpa semalam😒.  Kari kambing for lunch yesterday. Yang bezanya I used yogurt instead of santan. Creamier. Tastier. And healthier I guess. Hubbs said this kerabu accompanied the kari kambing perfectly. Ada chopped tomatoes, cili api and shallots, the usual ingredients of kerabu I always use, and for the veges - ulam raja, pegaga, sireh cina and belalai gajah. Sihat gila bahan-bahannya! Sem