Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Home Alone

It's Saturday and I was home alone till 3.30pm. Hubbs pagi-pagi dah pergi attend talk and get-together (which I was also invited but then project management is no longer of interest so tak apalah...). Anak comel pulak hangout dengan kawan dia yang dah transfer ke Penang yang balik sini sekejap. So, it was like any normal weekday 😑! Apa lagi aktiviti nak buat di rumah kalau tak start mesin jahit 😀. Siap jahit batik palazzo ni. Belum open kat kawan-kawan lagi. Tunggu siap 2-3 seluar baru meriah sikit nak jual. Tapi dah masuk IG, Carousell dan Shopee. Dah siap potong untuk pajama set yang pertama. Almost siap dah pun. Tinggal pinggang saja. Bila kira-kira, this is actually seluar yang ke-18 I jahit 😆! I think we've found that little-kitten-we-saved's Mom and sibling. Ada satu malam minggu lepas I dengar bunyi anak kucing agak kuat dari bilik. Dah dekat jam 11.30 malam. Keluar kejap ke depan suluh-suluh kat longkang kot ada. Then I nampak satu kucing atas tem

Starting on the 2 Pajamas

I wrote before that I was a bit worried about the size of the pajamas I made last week. Bila buat pattern, barulah terfikir ada measurement yang tak cukup. But then, when it comes to sewing, one has to be a bit creative. I was really confident the pajamas would fit but still we never know. Anyway, that ex-colleague and friend came over to pick up the pajamas on Monday. I siap bagi discount sebab that's the first set of pajamas I made 😅. This was how they turned out. OKlah kan...  Alhamdulillah, I received message from him not long after that the pajamas fit his daughter perfectly. Yeayyy... 😎. So for the next 2 pajamas, just need to add 2 inches to sleeves. Itu saja!  Before I start on the pajamas, I sew one pair of palazzo using the leftover batik fabric which I used to sew one pair for myself. Kali ni dapat one pair tapi seam kena buat 3/4" instead of the usual 1". Kain ngam-ngam saja. Nak try lelong kat group lah 😊. Tomorrow nak start potong kain. I

Pajamas Siap!

I've finished sewing the pajamas for my friend's daughter - both top and bottom. The top took slightly longer time. Mula-mula nak jahit neckline guna bias tape of the same material. Tapi bila jahit tak berapa nak jadi pulak. So buka balik dan guna bias tape ready-made. Maybe boleh guna technique tu untuk buat blouse yang bukan cotton. Sebab cotton jadi kejung sikit! I think this turned out OK 😊 Thinking of sending the pajamas over tomorrow. Buat sepasang dulu. If OK baru buat lagi 2 pasang. I really don't know whether fit atau tidak. Dapat measurement basic saja. Sementara tu nak start project baru ni. Let's see... a maxi skirt maybe?

Habiskan Balance KK Budget

Budget untuk makan trip ke KK hari tu ada balance. Maklumlah, last day kat sana kan semua orang sakit perut 😅. Tak da siapa selera nak makan. Jadinya semalam kita orang berempat met up untuk habiskan balance duit tu. Sekali dengan celebrate birthday Jay. Location - IOI Mall Puchong. Plannya memang makan saja. Sebab tau dah, kalau makan pun dah berjam-jam. Tak payah susah-susah plan aktiviti lain! Akhirnya landing di Seoul Garden 😋 Mula jumpa dalam jam 12 tengahari. Pot-pet-pot-pet sampailah jam 3.30 petang. Nasib baiklah duduk Seoul Garden tu makan buffet lunch. Kalau tak memang dah kena halau agaknya! Dah last-last tu Jay ambik pepahat dan satu siput ni yang agak besar 🐌. Nak korek isi keluar pun seksa! (I tanya Jay - kau dah check ke siput ni spesis amfibia ke reptilia😁?) Outcome of the meet-up - nak kena kumpul duit. Ada tempat best yang Jay suggest untuk pergi hujung tahun depan. Yeayyy... tempat tu memang I teringin nak pergi. OK, pikir mana nak korek duit ni?

Small Gesture

More often than not it's the little things that matter. Semalam (setelah berhari-hari mengelak) I finally answered when the potong rumput guy came to the house. He's the regular guy who comes to the house about once a month to cut the grass of our lawn. Bakhtiar kot kalau tak salah nama dia. Orang Pakistan (rasanya). Kalau boleh I nak Hubbs ada masa dia datang. Bukan apa, walaupun dah kenal (errr... baru 2 kali datang potong rumput) I don't feel comfortable. Nowadays macam-macam cerita kita baca pasal strangers kan. But then, our lawn dah macam mini jungle. Kalau Boboi golek-golek dalam rumput tu memang tak nampak. Kebetulan I memang nak keluar ke Tesco untuk merayap sorang-sorang. OK, OK, grocery shopping. So I don't have to be around when he's working on our lawn. I put the money for his upah in an envelope and properly seal it. Then I took a water container and filled it up with cold syrup. I put the envelope and water container on a stool at our patio and to

Not Well, Again!

Not well again. Since Monday. Demam. Selsema. Batuk. Batuk yang dulu pun ada saki-baki lagi ni dah kena batuk baru 😖. Hari ni baru OK sikit. I think it's the heat. Ahad lepas sangat, sangat panas. Nak keluar merayap shopping mall anak comel ada banyak homework pulak. Tapi keluar juga kejap lunch dengan Hubbs kat Secret Recipe. Konon nak cari tempat ada aircond 😅. Masalahnya keluar masuk kereta dah panas gila. Ada orang teringin nak makan Penang asam laksa 😋 My steps challenge yang mulanya dah on track rasanya dah fall behind ni. Jogged on Saturday and Sunday. Dapat 4th badge. Bila lah nak lari lagi ni? I finally finished sewing my mother's blouse. Yeayyy... berjaya! Dia nak pakai ke tidak tu tolak tepi 😅. Rasanya macam besar sikit. Yang penting I managed to find ways to sew a blouse without needing a serger. I used bias tape for the neck. Since dah berjaya test buat blouse, hari ni start potong kain nak jahit pajama top for my friend's daughter tu.

Good to Run

After almost 2 weeks of hiatus, this morning berjaya jog. Macam-macam alasan - panas lah, hantar anak comel sukan lah... and this week I got this pain under my arms. Urat terpeleot kot. Adoiii sakit betul 😖. Kalau batuk memang kena tahan jangan kuat sangat. Sampai gigi rasa sakitnya. Anyway, I got the 3rd badge 💪. Walaupun asyik dapat warning - timer how many hours left. Kalau esok run memang boleh dapat 4th badge. Hubbs dah nak habis 😱. Pagi tadi punya cerita. Bosan route biasa, lari kat sekolah rendah. Tapi banyak kereta sebab sekolah ada program. Kaki senang hati sebab dah habis lari... I'm now in the midst of sewing a blouse for my mother. Tengah test buat baju dia sebab nak guna same pattern untuk buat pajama top for my friend's daughter. Cikgu I? Youtube le... 😇.  Sesi melukis pattern guna existing blouse. Half way through... Nampak macam jadi. Banyak belajar benda baru buat blouse ni...

Sewing Mood On

My translation work on hold kejap. Adeehh... masalahnya nak dapatkan mood buat translation tu takes time. Bila tengah buat memang kena full force. Siang malam pagi petang. Baru laju. Bila stop sekejap ni nak start balik nanti payah 😅. Tak pa, tak pa... sambil take a break layan perang socmed pilihanraya dah nak dekat ni.  Meantime, mood sewing pun kicked in. Minggu lepas beli 4 pasang kain cotton di Nilai 1. Jenis kain yang sesuai buat pajamas dan lazy pants.   Bila I buat semula pattern for myself yang ikut actual measurement, kenalah cuba buat satu seluar kan. So, inilah dia! Kain cotton corak batik. Bila test pakai memang ngam dan sedap pakai. Finally! Insyaallah dah master (sikit la) buat pattern seluar from scratch. Pagi tadi buat pattern untuk my friend's daughter. Dah siap potong, tinggal nak jahit saja. Lepas tu nak kena buat pajama top pulak... Secara teorinya dalam kepala macam tau. Insyaallah...💪

Final Sports Day

Semalam seawal jam 7 pagi hantar anak comel dan kawan dia ke Kompleks Sukan USIM. It's her last sports day being a secondary school student. Alahai... Mommy dia sebenarnya rasa agak sebak walaupun anak comel memang tak ada rasa apalah kan😅. I ambil one day off from my usual morning routine to spend the morning attending the sports day. Duduk pun di tempat students sebab kalau naik di grand stand tempat parents takut nak balik awal segan pulak. Dah lah sorang-sorang 😔. Anak comel seemed to enjoy herself very much. I told her many, many times before - just participate in anything that you can get yourself involved in. It's your last year with the school. You will cherish those memories for the rest of your life. I stayed on till 9.30am. Right until the last house made its performance. Lepas tu I went home 😆. It was so hot!  Pembawa sepanduk dan bunga manggar rumah merah 😀. Itu baju kurung Mak Ngah Ros dia.  Kalut ke sana ke mari sebelum mula!  Rumah harimau ta

What a Day...

A lot of things going on today. Very, very early in the morning Hubbs dah siap-siap nak ke reunion Boonz Braders dia. Aduhai Hubbyku... pukul 5 pagi baru nak kemas bag 😅. Wifey dia jugak yang kena tolong carikan barang kan... Sampai tak jumpa satu T shirt ni. Pelik betul mana pegi tah. Rasanya dah 2 hari macam jerebu sikit. Pagi-pagi ada this haze "smell". Tekak I yang memang sensitive ni asyik perit saja. At times macam rasa cucuk-cucuk sikit. So, jogging is not a good thing to do. So far challenge is still on course. Semalam dapat 2nd badge 💪. But really need to go out running lah... Anak comel tahun ni active pulak dengan rumah sukan dia. Masuk perbarisan bawa bunga manggar katanya. Sejak semalam stay back kat sekolah tolong buat costume mascot rumah merah. Hari ni stay back lagi sampai jam 3 petang. Lepas lunch dan balik rumah mandi, jam 4 petang pergi sekolah semula sambung buat costume mascot. Esok ada rehearsal. Ahad will be the big day at Stadium USIM. Kesian Mo

Need to Draw New Pattern

Second time buat seluar jadi gedobos. Yang guna kain jersey tu jual kat my friend Iteq. Gedobos sikit dan pinggang besar. Kali ni bila siap, pun jadi gedobos jugak. Cuma pinggang saja yang betul. Pakai kat rumah memang best lah. Ingat nak juga pakai buat pegi kedai ke... keluar makan ke... Bila pair up dengan T shirt dah macam pakai seluar pajamas pulak. Dahlah bunga-bunga 😆. Pikir punya pikir... I think I need to check measurements. Kalau measurements betul, maybe masa I draw pattern tu yang silap. Sebab I tanya my friend Yan yang I buatkan seluar batik hari tu she said OK saja. So, I pun measure lah semula. Ehem... apparently memang measurements lari dalam 2-3 inches. Banyak tu! Hahaha... dah kurus sikit kot! I guna measurements tahun lepas sebab I drew the pattern in January. Sekarang nak kena draw pattern baru 😍.  Gedobos tapi very comfy 😎 Sesi melukis pattern baru pun bermula...

This and That

This and that around the house these few days... Official result for last month's challenge is out. I dapat habiskan challenge pun dah cukup terrer 😅💪. Ngam-ngam dapat complete challenge pun still within first 45% of total participants 😎. So far so good. Semalam (2nd day) dah dapat first badge. Esok kalau rajin jogging boleh dapat 2nd one. Hubbs memang nun kat depan 😅. Hari ni start potong dan jahit seluar guna kain yang beli kat Spotlight tahun lepas. Niat hati nak buat untuk diri sendiri. Setelah beberapa seluar buat tak berapa nak ngam kat diri sendiri dan jual kat orang 😅. Eh, kenapa potong kain right side? Sebab I jahit guna french seams. I don't have a serger. Official picture of my lunch bag... ceewah... Baru nak letak kat Shopee, Carousell dan eBay. Petang semalam masa ambik limau kasturi kat tepi rumah perasan macam ada mata yang sedang memerhatikan 👀. Rupanya Mok ada kat atas atap. Siap tegur kita lagi! Burung apa ni ek? Dia dok jalan m

Another Mini Gathering

Semalam ada satu mini gathering di rumah Mas di Alam Impian. Lepas our friend Tuty masuk Wanita Hari Ini TV3 sebab nasi ambeng dia, ramai request nak rasa. Kali ni car pool dengan Iteq dan Ikin. Mulanya nak bawak anak comel tapi dia demam pulak since Friday. Kira semalam kasi dia rest betul-betul (sementara Mommy dia pergi merayap!). So, Hubbs hantar sampai rumah Iteq di Teras Jernang, lepas tu fetch Ikin pulak di MRT Kajang. Masing-masing bawak perut saja 😅. Apparently, we were the first to arrive. Tapi tabahkan hati tunggu geng lain sampai walaupun makanan mula bertimbun atas meja! Tiga orang ni sampai dulu. Doa cepatlah tokey nasi ambeng sampai! Masa kita orang sampai ada satu kereta buat delivery cakes tu. Victoria sandwich dan chocolate cake. Rupanya Faiz tak dapat datang. Dia dengan baik hatinya kirim cakes! Semoga murah rezeki kawan kita orang ni. Yang atas tu talam berlauk dan karipap ayam Jay. Sedapppp nak pengsan😋! Lepas makan ada sesi pot pet pot pet disulami

New Month, New Challenge

Managed to complete March challenge by a few hours. Memang minggu yang agak malas. Bulan March dapat buat 7 sessions of 5K runs. Target sebulan 10 kali. Bulan ni nak kena rajinkan diri lah 💪. Maklumlah, makan tak jaga sangat. Weight loss stagnant saja. Berjaya setelah fail bulan February. Hubbs memang jauh kat depan lah kan...  April challenge is called Desert. Cute foxes. Seawal hari pertama 💪. Hari ni ikut route lain sikit. Dan rasanya dah dapat route yang ngam-ngam dapat 5K without having to make 2 loops kat depan Putra1. Dari Legundi lalu depan Putra1, naik jalan menuju Haji Tapah, masuk taman permainan depan sekolah tadika anak comel dulu, buat satu round, masuk balik jalan tadi, patah balik dan ke kanan tuju traffic light besar, cross the road dan patah balik, masuk balik jalan menuju Haji Tapah (dan buat 1 round taman permainan which I didn't), turun semula depan Putra1 dan balik ke Legundi. Tak payah masuk retention pond. Tapi tadi dapat 4.5km (sebab pusing