Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

MCO Day 73

Hari ni, untuk kali pertama setelah 73 hari berkurung, anak comel and I keluar dari kawasan. Punyalah patuh dengan MCO ni kan? We went to Evo Mall, Bandar Baru Bangi. Ha ah, punyalah jauh. Ngam-ngam 10km kot. Lepas anak comel habis class, we scrolled Foodpanda. Dia daripada semalam nak makan pizza. Semalam Pizza Hut cancelled, hari ni jam 11.30 pagi masih close lagi. Discuss punya discuss, we decided to go out. Nak ke Alamanda rasanya sesak hari Jumaat, jadinya pergilah ke tempat yang insyaallah kurang orang. Memang betul pun.  Plan nak makan di Sushi King, tapi tutup pulak outlet di Evo. Jadinya makan di Burger King. Entah bila bukak tau-tau dah ada! New normal ialah food packed to go. No trays. Dah 2 bulan lebih, baru dapat pergi ke supermarket yang best. Punyalah gumbira akak korang dapat pergi MaxValue. I ni memang mudah terhibur! Dapat beli groceries tempat best pun dah cukup happy.  Balik rumah tak jadi keluarkan frozen rendang dalam freezer. Masak untuk Hubbs buka puasa. This si

MCO Day 69, Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya ke-2 hari ni. Tapi tak rasa macam Raya sangat sebab tak ke mana-mana. Semalam cuma tuju satu rumah saja untuk berkumpul. Ramadan yang berbeza, Syawal dengan kelainan yang ketara. Solat sunat Aidilfitri di rumah dengan Hubbs sebagai imam. I tak dapat join, so I missed out listening to Hubbs bagi khutbah. Ingat nak naik kejap join tapi tiba-tiba anak comel dah turun ke dapur. Dah solat, katanya. Waahhh... cepat betul! Selesai pack rendang, lemang segala, mula nak bersiap nak ke rumah my brother Angah. Janji dah dengan Ati nak datang jam 10. Sekali Ati messaged, "Pak Ben dah sampai". Alamak, cepat-cepat siap. Bukan apa, dapat gambar abang-abang tengah breakfast. Ni ada 2 beg lagi makanan ni! Sempat berzoom sekejap dengan adik-adik ipau. Boleh saja nak ke Putra Heights dan Denai Alam sebab rentas daerah dibenarkan, tapi... #stayhome lebih selamat, insyaallah. Raya feast! Alhamdulillah macam-macam ada. Lemang tu agak mendebarkan ceritanya. P

MCO Day 67, Eve of Hari Raya

Hari terakhir Ramadan. Malam tadi masa solat tarawih punyalah rasa sayu. Allah... cepat sangat Ramadan berlalu. Ramadan yang sangat berbeza berbanding tahun-tahun yang lalu. Tiada solat tarawih di masjid-masjid dan surau-surau. Kurang sikit excitement sebenarnya. Kalau dulu melangkah masuk ke masjid tu boleh rasa meremang satu badan sebab ramai-ramai nak menghidupkan malam bulan Ramadan. Masjid Seri Putra sini memang meriah suasananya. Tapi kan, tahun ni seronok juga sebab Hubbs jadi imam. Masuk waktu Isyak saja dah terpacak 3 beranak siap-siap nak solat. Dan agak laju juga! Dalam 9.45 dah selesai. Lepas tu turun ke dapur moreh. I am so gonna miss this routine... Hari ni operasi memasak. Dah divide menu dengan Ati minggu lepas. Walaupun hari ni masak 2 dish saja - rendang hijau ayam pencen dan rendang ayam biasa, penat lah juga! Alhamdulillah anak comel rajin tolong. Sambil-sambil tu kemas dapur. Hubbs dah 3-4 hari mula kemas rumah. Best betul rasa bila barang-barang yang dah bertahun-

MCO Day 58

The MCO has been implemented for almost 2 months now. It's day 58 today. The number of Covid-19 cases, though has gone down to 2 digits, is still up and down. Ada new clusters and if you ask me, it really is scary. Imagine, the sending back of IPT students last week (if I'm not mistaken), yang dilaksanakan dengan SOP yang bagus pun boleh mulakan cluster baru. Allah... what monster we are facing... Anyway, the MCO has been extended until 9 June. We are now in Fasa 5.  Anak comel went out yesterday for the first time in 57 days. Ini memang betul patuh kepada arahan Kerajaan! We went out together. Dia dah rindu nak bawak kereta. First pit stop - Karysma - untuk beli sewing supplies. Alhamdulillah orang tak ramai. Sekarang ni masuk kedai kena register. A bit of a hassle but necessary. Then, singgah McD beli pies. Strawberry custard pie yang dicari dah tak ada pulak. Terpaksa berpuas hati dengan apple pie dan banana chocolate. Tu buat sahur semalam. Then, a short stop at a grocery s

MCO Day 52

Ramadan dah masuk separuh bulan. MCO pula dah masuk hari ke 52. Sepanjang 52 hari #stayhome ni, hanya sekali I keluar. Pada hari ke 46. Masa tu dah boleh keluar 2 orang dalam satu kereta. Tak sampai setengah jam pun rasanya. Lain macam betul rasa keluar masa MCO ni. Tak seronok langsung. I keluar pun sebab masa tu MCO dah mula dilonggarkan dan businesses boleh dibuka semula. Kot lah Hubbs kena pergi office, I lah kena keluar beli supplies, so kena belajar SOP semula. The new normal is to wear face mask at all times when going out. Ini mask yang I jahit hari tu. Dalam ada non-woven interfacing. Tak 100% waterproof but enough to filter droplets, insyaallah. Antara yang dah siap. Hari tu buat small one untuk Ilham. Bagi sekali satu adult size. Anak comel dah ambil satu. Rasanya cukup dah ni untuk my little family. Tengah tunggu delivery PP non-woven water-proof fabric yang memang khas untuk buat mask filter. Hopefully sampai lah cepat. Two days ago akhirnya my friend Yatt dapa