Skip to main content

MCO Day 67, Eve of Hari Raya

Hari terakhir Ramadan. Malam tadi masa solat tarawih punyalah rasa sayu. Allah... cepat sangat Ramadan berlalu. Ramadan yang sangat berbeza berbanding tahun-tahun yang lalu. Tiada solat tarawih di masjid-masjid dan surau-surau. Kurang sikit excitement sebenarnya. Kalau dulu melangkah masuk ke masjid tu boleh rasa meremang satu badan sebab ramai-ramai nak menghidupkan malam bulan Ramadan. Masjid Seri Putra sini memang meriah suasananya. Tapi kan, tahun ni seronok juga sebab Hubbs jadi imam. Masuk waktu Isyak saja dah terpacak 3 beranak siap-siap nak solat. Dan agak laju juga! Dalam 9.45 dah selesai. Lepas tu turun ke dapur moreh. I am so gonna miss this routine...

Hari ni operasi memasak. Dah divide menu dengan Ati minggu lepas. Walaupun hari ni masak 2 dish saja - rendang hijau ayam pencen dan rendang ayam biasa, penat lah juga! Alhamdulillah anak comel rajin tolong. Sambil-sambil tu kemas dapur. Hubbs dah 3-4 hari mula kemas rumah. Best betul rasa bila barang-barang yang dah bertahun-tahun ada dalam bilik belakang dan stor dipunggah dan buang mana yang dah tak mungkin pakai tu.
Honestly... I tak reti kemas rumah. Lain semua boleh. Bab kemas rumah, ini lah hero kita orang!
Malam semalam Along datang bagi kerepek pisang tanduk specially imported from Banting. Pass kat dia harta karun peninggalan Mak Long Aliyah untuk cucunda Muhammad Ilham. Punyalah dia seronok dapat giant dominos ni! Dia tengah fasa suka animals. Kebetulan pulak dominos ni gambar animals.
Siap rendang hijau ayam pencen dan rendang ayam biasa. Hubbs suka ayam pencen, anak comel pulak nak ayam biasa. Akak korang kena masak dua-dua! Dalam fridge dah settle bahagi-bahagi masuk bekas untuk esok dan untuk simpan dalam freezer.

Cuaca sekarang dah mula hujan. I guess it's a good time to start on my vegetable patch. Tengah mula work on the patch sikit-sikit. Minggu depan boleh beli tanah dan seeds. Sementara tu tengah usaha nak semai benih cili yang asyik kena makan dengan siput. Geram betul!
I dah naikkan batu. Base pun dah cover dengan kotak. Sambil-sambil tu semai 2-3 pokok serai lagi. Sejak #stayhome ni banyak masak guna serai!
My Tomato Cultivator! Haha... Hubbs tolong ikat anak pokok tomato. Entah bila I semai dah tak ingat. Tau-tau dalam pasu ada 2 pokok dah agak besar.

My Samsung Challenge is doing very well. Tinggal one star saja nak achieve. Rasanya boleh finish challenge sebelum hujung bulan. BookDoc challenges pun dah dapat a few. Bertimbun dah virtual medal akak korang dapat!
Sikit lagi weh!

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

Stay safe all of you. Have a wonderful Hari Raya by staying home!

Comments