Skip to main content

1 Feb 2018 - the Less Known Tegudon

From Pekan Nabalu we headed to Kampung Tegudon, Kota Belud, specifically Tegudon Tourism Village. Kata Jay, Tegudon ni orang tak ramai tahu lagi. Melangkap lagi famous. Kalau Google gambar Melangkap, lagi terang dan nyata nampak Gunung Kinabalu. Kita orang kan suka pergi tempat yang belum famous kan 😎.

Sepanjang perjalanan nampak orang jual durian. Masing-masing memang teringin nak singgah tapi macam ada saja halangan. Sampai ke sudah tak makan durian 😅! Anyway, perjalanan ke Tegudon ambil masa dalam sejam. Kiri kanan jalan view sangat cantik. Setiap kali nampak kelibat sungai yang lebar, cantik dan jernih, masing-masing komen - kalau kat tempat kita ni, mesti kereta dah penuh tepi jalan orang pakat pegi mandi sungai!

Tegudon ni orang kata bagai jatuh cinta pandang pertama. Kami sampai, keluar saja daripada kereta, terus terpaku dengan keindahan tempat ni. Betul! Amazing!
Tempat kami berkampung 2D/1N... Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini.
Dah hampir senja baru Gunung Kinabalu menampakkan dirinya...
Lepas settlekan barang-barang, terus terjun sungai. Air dia punya sejuk😖... 
Menggigil ambik gambar ok!
Achik-achik diva camping dalam pondok ya 😎. Kita orang sewa tent untuk 6 orang. Maklumlah, nak selesa 😁. Adik-adik kat situ siap tolong pasangkan.

Malam tu dinner makan maggi saja. Tempat ni boleh sewa dapur portable. Tempat BBQ pun ada kalau rajin nak bakar-bakar. Masa di Pekan Nabalu, Jay dan Ies konon cari sayur, tapi yang tinggal pucuk labu saja. Hentam saja lah... 
Aktiviti masak-memasak... Setiap pondok ada satu lampu, so tak perlu guna torchlight pun. Paku untuk gantung apa-apa nak gantung pun banyak. At the side, boleh nampak canvas yang boleh diturunkan waktu malam. Bagus betul. It's the little things like these yang buat hati rasa senang kan.
Our dinner - maggi, pucuk labu saute dengan butter dan hotdogs. Ada lagi - roti letak chilli tuna. Sedapppp...👍
Saki-baki supermoon. Malam tu bulan sangat, sangat cantik dan terang. Masyaallah... The night before was the super blue blood moon phenomenon. Malam tu sangat peaceful. Cuma kita orang berempat dan satu pondok lagi ada 2 girls daripada Semenanjung juga. Tempat ni insyaallah selamat. Adik-adik yang kerja sini berjaga malam bila ada orang spend the night.
Lepas dinner malam tu just borak-borak tunggu mata mengantuk. Waktu malam di Tegudon sejuk dalam 19०C-20०C. Kalau datang bermalam sini pastikan bawa jacket.
Tak lama lepas tu, I masuk tent ya. Borak di sebalik tabir dalam suasana yang lebih selamat. Ada pulak lipas terbang 2 ekor 😨. Tidakkk... 

Malam tu Jay dan Ies tidur luar, I dan Shake tidur dalam tent. Berani betul achik dua orang tu. Bukan apa, Jay takut tidur dalam tent rasa sesak sebab dia ada asma. Tapi kan, dengan suhu yang sangat sejuk dan lipas terbang yang meluaskan kuasanya, tak sanggup...

#travel #kotakinabalu #tegudon #tegudontourismvillage

Next: 2 Feb 2018 - Awesome Tegudon

Comments