Skip to main content

MCO Day 114 - My Kebun and Kitchen

I memang kaki berkebun. Masa MCO lagi lah sibuk berkebun. Masa fasa awal MCO dulu, tak dapat nak keluar cari benih sayur. Pakai sajalah apa-apa yang ada kat dapur. Selalunya bawang jadi mangsa. Masa MCO banyak pulak tips berkebun yang lalu kat FB. Rajin jugak lah buat. Tips guna ajinomoto tu I try memang menjadi. Pokok cili api yang dah macam merajuk nak berbuah tu kembali aktif. Best betul petik cili api. Tips buat baja guna roti expired tu I try juga tapi tak adalah significant result. Kena buat banyak kali kot. Sekarang memang ada permanent bekas plastik maruku yang I letak dekat dengan sink. Kumpul air cuci beras dan peram roti expired. 

My kebun...
Paling amazing tanam bawang kali ni dia membiak. On the left, one bunch of bawang merah yang I harvest. Comel saja lah sebab tak nak biar lama sangat. I kupas, belah dua, masuk dalam stew Korea. On the right was a pleasant discovery. Bila nak tanam bawang baru, I korek-korek tanah tu jumpa bawang ni. Apparently bawang sebelum ni yang I tak perasan hidup dalam tanah tu. Maybe lepas ambik daun, ingat dah mati, I cucuk saja bawang baru. Agak besar tapi cuma 3 ulas.
I naikkan this patch just for leafy veges. Yang ni sayur sawi. Tapi pelik sikit saiz dan growth rate berbeza walaupun tanam serentak.
Second patch. Yang ni tanam daun ketumbar.I beli biji ketumbar kat kedai runcit saja. Dulu pernah try beli biji benih tak naik langsung. This is the second try guna biji ketumbar biasa. Banyak betul yang bercambah. Harap-harap berjaya tak payah beli. Bukan apa, bila beli bukan pakai banyak pun. Bila dah seminggu start layu. I pulak suka masuk daun ketumbar dalam my cooking. Asal pergi beli grocery, asyik kena beli.
Pokok labu I main tanam saja biji lepas guna buat masak lemak cili api. Tapi, tak tau lah nasib pokok ni. Cantik bunga labu ni. Banyak pulak tu. Masalahnya, entah apa serangga yang dengki dok cantas stem bunga ni. Kau nak makan, makanlah terus bunga labu ni. Puas juga hati. Ini dia potong kat stem. Sayang betul jumpa banyak bunga labu tergolek je atas tanah. I ingat next week kot masih lagi mengganas serangga yang punya hasad dengki ni, I nak ambik pucuk labu ni masak. Lepas tu cabut je ganti pokok lain!
Inilah rupa anak pokok ketumbar. My tips - keep the soil moist. Semai saja biji ketumbar macam biasa (make sure rendam dulu semalaman), tapi siram 2 kali sehari. Tak yah la banyak sangat tapi sentiasa keep moist.
Ini batch pokok bawang yang ke 3 sejak MCO.

Sempena kemeriahan sale 7.7 hari tu, I pun sibuk lah bukak Shopee. Tak da nak beli apa pun tapi terjumpa satu kitchen appliance yang dah lama teringin. Bila tengok harga OK, review pun sangat bagus, tanya Hubbs boleh tak beli kan. Dengan cargas dia transfer duit 😁. Lalu dengan cargas I beli!
Mini chopper je pun! Khas untuk course chopping yang tak guna air. Selalu jumpa yang set. This one brand Khind memang seketul ni saja. Surprisingly bekas tu kaca yang agak berat. Pas tu senyapppp je bila guna. Akak is so happy.

Kebetulan barang sampai tengah nak masak kari. Jadinya, terus cuba buat bumbu kari tu guna chopper baru.
Tumisan bumbu yang kasar-kasar. Bagusnya sebab tak ada air, dia cepat garing.
Bila jadi... waaahhh my kari ayam jadi very the sedap sebab kuah kari jadi pekat.

I nak order kimchi dari Jay tapi dia belum buat. Lepas tengok cerita Mother's Touch Side Dishes tu, I try buat sendiri. Nampak senang ialah cucumber kimchi. I cari resepi yang match ingredients yang ada kat rumah saja.
First attempt buat kimchi. Boleh pulak salah step. Tu lah, malas baca instructions. Tapi alhamdulillah jadi!
Semalam I gaul cucumber kimchi tu dengan daun selom dan tabur sesame seeds. Sedap!

OK, stay safe tau!

Comments