Skip to main content

Pagi Ini...

Hari ni, seperti hari-hari lain (cuba untuk ingat, kadang-kadang lupa juga) seawal pagi dah doa minta Allah swt permudahkan segala urusan. Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir. Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan. Dan sejak malam tadi banyak status FB yang share stuff related to "marah" dan "sabar". Pagi-pagi dah ada situation yang buat hati panas. Potential rezeki terbuka tapi orang yang patut pergi untuk "menimba" rezeki tak pergi. Memanglah tak tentu lagi dapat tapi hati ni berkata - Allah mungkin nak uji sejauh mana kesungguhan hambaNya nak dapatkan rezeki tu. Lalu terus sejukkan hati dengan mandi dan keluarlah lightbulb atas kepala - mungkin ada hikmahnya.

Hati dah kurang marah tapi cuak lah sangat. Kadang-kadang sebab terlalu sangat letak "mungkin ada hikmahnya" dalam pelbagai situasi, rasa macam dah jadi alasan pula. Allah nak uji terutama masa sedang susah. Entah-entah hari ni Dia nak bagi dengan mudah. Tapi kalau kita tak usaha untuk kuatkan semangat (putting other reasons aside - sakit pening dan sebagainya), mungkin peluang yang terbuka tu tertutup jadinya. Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Saya cuma boleh bersabar.

Lepas tu, ke sekolah Aliyah untuk ambil duit bantuan persekolahan. Dapat dari Cikgu RM100, terus bagi balik untuk program Tahun 6. Dan lepas tu, ke kedai PIBG sekolah untuk beli T Shirt sekolah sebab hari tu tak ada stock. Orang taklah ramai, tapi beratur panjanglah juga. I ni second from the counter. Tiba-tiba elok je satu Ibu ni dari belakang, pergi terus depan I, tepuk bahu Ibu yang depan I ni. Ooo... kawan rupanya. Ok la, tapi lepas 2-3 minit tak nampak rupa macam nak ke belakang balik. Sabar... Lepas tu dia terus order barang kat counter tu. I tepuk bahu dia, "maaf ya, saya dah beratur ni". Kawan dia cepat-cepat suruh dia ke tepi sikit. Dia ke tepi, sambung berborak dengan kawan dia tu - no apology, nothing.  

Macam mana anak-anak kita nak berjaya, berdisiplin dan berakhlak mulia kalau ibubapa tak jadi contoh yang baik? Kalau kita beratur, anak-anak akan ikut beratur. Kalau kita buang sampah dalam tong sampah, insyaallah anak-anak akan ikut jaga kebersihan. Allah permudahkan I yang si Ibu ni bukan seorang yang kurang ajar - walaupun muka buat selamba tanpa rasa bersalah. Dan Allah mudahkan si Ibu ni berjumpa dengan orang macam I yang bukan jenis "menimbulkan sengketa". Semoga lain kali dia akan beratur dan jadi contoh yang baik pada anak-anak dia.

Comments