Skip to main content

Bandung-Jakarta Trip Day 4 & 5

Day 4: 

Our last day in Bandung. Nothing much on our itinerary. Just some shopping and then back to Jakarta via car. By then, beg pun dah beranak-pinak. We expected bad traffic because people were supposed to come back from their kampungs to Jakarta. Jadinya, plan ke Jakarta tengahari.

Last breakfast at Aston Pasteur Hotel Bandung.  Akhirnya ambil juga favourite food kalau pergi breakfast buffet iaitu omelette. 

Lepas check-out hotel, we went to Kartika Sari. Sangat lah menarik tempat ni. Basically it's like a bakery tapi banyak traditional food as well. Yang kita orang pergi ni siap ada boutique baju sekali.

I sebenarnya tak tau nak beli apa kat sini. Cuma cari varieties of pisang salai untuk Hubbs saja. Yang ni pelbagai jenis lontong. Ies borong ni. Malam tu kita orang makan sangat sedap rupanya!

Lepas di Kartika Sari, off to Jakarta. Kalau naik train perjalanan dalam 3 jam lebih sikit, naik kereta balik ke Jakarta sebenarnya tak ada specific estimated time. Semuanya bergantung kepada traffic condition. Sebab sepanjang di Bandung, asal tengok news kat TV dok kata pasal "mudik" ie jam balik semua ke bandar selepas cuti panjang, maka kita orang redha sajalah. Tapi alhamdulillah, jalan tak berapa sesak. Took us about 2hours 50mins. Rasanya sebab Isnin tu cuti Labour Day, jadinya orang masih bercuti.

Sampai Jakarta, sebab masih awal, we requested to be taken to a mall. Tapi tak nak mall yang besar mahal-mahal tu, yang sederhana saja. So, Akbar dropped us off at Kuningan City Mall. Kita orang pun pusing-pusing lah mall ambik udara sejuk sikit sebab Jakarta kan panas.

Masuk Guardian. Kawan-kawan I ni beli make-up Wardah sebab sini murah. I ni tak da apa nak cari.
Took this and sent it to my Abg Ben and my niece Wani and nephew Nizam. Saja buat point nak membahan!
Dah penat pusing, lunch pulak. We had a superb lunch at Dapur Solo. Bakwan ni memang wajib makan lah. Kali ni 2 jenis - sayur dan jagung. Dua-dua sedap!
I had this. Something called Nasi Urap. Sedap sangat!
Tapi paling sedap ialah ni - sup iga. Iga tu ribs. Sup tulang paling sedap I pernah rasa.

Dah kenyang, kita orang check-in ke FM7 Resort Hotel tak jauh dari airport. Jalan masuk ke hotel ni memang tidak impressive langsung. Even entrance ke hotel pun macam budget hotel saja. Tapi bila dah masuk, rupanya punyalah gah.

Sementara tunggu Jay check-in... ini baru lobby hotel.

Malam tu kita orang stay hotel saja. Perut tak lah lapar sangat sebab late lunch tadi. Nak order murtabak paling dekat was 15kms away! Hahaha... tak payah lah. Makan benda-benda yang Ies beli tadi kat Kartika Sari pun dah cukup best. But we did went down and had massage. I buat head and shoulder massage saja.

Hotel ni memang excellent untuk orang yang stay kejap sebab flight delay atau tunggu connecting flights, etc. Semua lengkap. Ada pool, gym, coffee house, salon... Macam-macam lah. Nak main golf pun boleh. Memang target orang macam kita orang ni.

Day 5:

We had breakfast at the hotel. Sebenarnya ok sangat tapi sebab dah biasa 3 hari kat Aston Pasteur yang sangat banyak variety tu, yang di sini kira biasa saja lah. Sempatlah kena tegur dengan head chef yang rupanya orang Malaysia. Senang saja dia nak kenal, katanya, tengok style tudung. Oooo...

Lepas tu check-out dan terus ke airport. Our flight was at 11am. FM7 Hotel ni bagusnya dia ada free transit naik coaster bus.

Bye bye FM7 Hotel
Airport lengang saja, jadinya kita orang bersidai dekat 2 jam! Achik ni dah tak sabar nak balik.

Sampai KLIA2 hampir pukul 3. Alhamdulillah selamat sampai. We really had a good time. Terima kasih sangat-sangat kat Jay yang selalu rajin buat itinerary dan arrangekan semua. Lepas ni tak tau lah ke mana. Kena save up dulu.

Comments