Skip to main content

Cov-Eid 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Sebulan I berpuasa daripada update. Besides nothing much happening, there really was nothing much to write too. Maklumlah... pusing-pusing tang tu saja. Daripada PKPB, extend, extend, extend, last-last PKP 3.0. Mula-mula certain districts of Selangor, lepas tu merebak ke KL (just the day after), last-last the whole country is being put under PKP. Hambik kau! 

Raya tahun ni lebih strict daripada tahun lepas. Langsung tak boleh ziarah rumah orang lain. Walaupun sama jalan, sama taman, sama daerah. Jadinya, kami bertiga sajalah beraya. Lepas solat Raya dengan Hubbs, makan lemang rendang segala, ambik gambar, tersandar tengok movies Raya kat Netflix, makan kuih raya. Itu je lah aktiviti kita orang anak-beranak. 

Tahun ni sebenarnya preparations Raya semua Hubbs yang buat. Seriously, kalau tak memang tak Raya lah kita orang! Hubbs lah yang order kuih raya, lemang, rempeyek yang I suka tu pun dia order. Sampaikan I mention lampu kelip-kelip cantik kalau letak kat pokok mangga pun terus Hubbs belikan kat Shoppee! I really am not in the mood. Ingat masak saja, lain tak fikir dah. Really am so stressed out with the current situation. Covid-19 cases have skyrocketed and people are still taking it lightly. Look, I do go out. Takkan nak terperuk di rumah saja kan? Tapi usahalah untuk social distancing, untuk tidak berkumpul di tempat sesak semata-mata nak beli baju Raya, tak payahlah nak sibuk beraya rumah orang sebab Covid-19 ni kita tak tau siapa yang jadi carrier. Kalau rasa diri tu kuat, alhamdulillah. Tapi kesianlah pada orang yang mungkin tak kuat. Yang ada sejarah penyakit, yang dah berumur. Nowadays katanya ramai yang muda-muda pulak kena teruk Covid-19 ni. So, tolonglah. 

Mehlah I belanja gambar. Nak tulis panjang-panjang pun dah tak kuasa...

Santapan Raya kita orang anak-beranak. Anak comel banyak tolong tahun ni. Rajin dia. Pagi Raya tiba-tiba dapat ilham untuk buat nasi minyak. Bukan apa, I guna santan Saji buat rendang sebab santan Kara habis. Entahlah, macam tak berapa lemak pulak. My rendang ayam ada rasa ala-ala ayam masak merah pun iya. So, pairing it with nasi minyak was excellent. Nak jadikan meal ni healthy, buat salad dengan yogurt sauce.
This magic Tupperware mangkuk tingkat was gifted by my Abang Ben. Kenapa ia magic? Sebab I pass ni kat my brother Angah untuk bagi kat Atie. Nak kasi anak-anak sedara merasa rendang Ateh dia orang. Petang tu dapat balik penuh dengan makanan Raya daripada rumah dia orang pulak! Yeayyy...
Selamat Hari Rayeee...
Pindah sofa depan pulak...
Tahun ni baju Raya tak ikut tema apa pun. Belasah je. Sebab tengahari masing-masing dah tukau T shirt mengadap TV.
Lepas beraya di ruang tamu kita pegi ziarah dapur pulak ye...

Apa jadi masa bulan puasa?

Last day puasa si Grandma cat ni bawak anak-anak dia letak bawah kereta masa hujan lebat. Jadi kerja la pulak masukkan dalam cage. Ada 3 ekor. Semuanya warna-warna itu la jugak. Kenapa lah tak beranak warna Oyen...
Sebelum PKP, akhirnya datang jugak anak-anak sedara ni memilih tupperware hadiah Pak Ben dia orang. Agak lumayan Izzat dah Ekin bawak balik. Alhamdulillah... Tengok tu, punyalah social distancing. Tak salam pun. Sampai terus tuju dapur cuci tangan dulu. Balik pulak babai-babai ucap Selamat Hari Raya seberang pagar.
This was really funny. I bawak nak anak comel pergi klinik sebab ibu jari dia macam masuk selumbar kot. Lepas doktor cucuk, dia balut macam ni. I suruh anak comel buat sticker untuk Whatsapp!
Bila dengar rumours yang mungkin akan ada PKP, I ajak anak comel merayap sebelum kena kurung. We went to Mitsui yang dah lama gila tak pergi. Dulu-dulu masa Hubbs kerja Brunei, itulah tempat kita orang melepak sementara tunggu dia touch down every 2 weeks. Untuk elakkan kesesakan manusia, pergilah shopping malls hari kerja. This was on Monday. Kebetulan class anak comel cancelled.
Lama sangat tak beli baju baru. Sekali shopping, ambik 3 terus. Murah-murah saja. Ni memang colour I lah. Warna malap-malap saja.
Sasa kat Mitsui ni memang best sebab ada section perfume murah. Mostly yang lama. Tapi jangan harap ada tester. Unless you know how they smell, bila beli tu gamble saja lah. I belikan anak comel ni sebab result dia bagus last semester. Siap baca review dulu baru beli. Apparently the scent is so nice!
Kat Seksyen 9 ada kedai daging baru bukak - Pakcik Butcher. Hubbs dah lama nak rasa wagyu. Nak makan kat restaurants harganya agak scary. Kat sini, beli 3 huge slices sama harga dengan one dish at a restaurant. Wagyu ni Hubbs yang masak. 3 minutes on each side, plus another 2 minutes on each side. It was excellent! Melt in the mouth! Masuk mulut gigit saja terus... waaahhhh... sedap gila. Memang puaslah makan daging premium. Isshhh... teringinlah pulak!
Phone I dah almost 2 years dan mula buat perangai. Suka hati dia je nak restart. Bila restart pulak, kita nak kena masukkan PIN kalau tak dia macam tido je. Setelah hampir terlepas sahur sebab phone I tak kejut, I decided I need to get a new one. Hubbs yang rajin buatkan research. Finally decided on A52. Sebab nak sama size dengan yang lama - A50s. Specifications lebih kurang je dengan S series yang mahal tu. Tak kuasa lah kan nak beli yang ribu-ribu tu. Duit kena simpan manalah tau tiba-tiba boleh travel semula. Yes, I got this in purple!
Sempat merayap kat Jalan-jalan Japan sebab Hubbs nak tengok kot-kot ada laptop bag yang sesuai. Winter coats murah gila. Ada ke dia jual RM3 je! Tiga ringgit!!! Yang full winter coats pulak RM5! OMG... Mentang-mentang tak boleh travel korang jual harga gila macam tu...
Sekarang ni IOI City Mall pun tak boleh pegi. Adoiyai... bosan betul. This was on a Monday also. Tengok tu orang tak berapa ada. OK, I can go on working days unlike other people. That's my privilege. But still, my point is - cari masa sesuai kalau nak ke tempat yang kebarangkalian orang ramai dan sesak. Nak pergi weekends OK je tapi pergi pukul 10 masa mall baru bukak dan balik tengahari bila orang mula berpusu-pusu datang. Just avoid the crowd.
Ini rutin anak comel and I setiap bulan. Check-up di eye clinic. Allah... doakan semoga anak comel I ni sembuh 100% daripada eye condition dia. Dia ada blepharitis. Masa ni alhamdulillah mata dia OK. Doctor dia yang happy!

Stay safe all of you. It is a warzone out there. Semoga Allah lindungi kita semua daripada pandemic ini.

Comments