Skip to main content

Time Flies!

It is now PKPB for Selangor. Alhamdulillah. At least dah masuk kategori kurang merbahaya. Kalau tak tu rasa macam teruknya lah orang Selangor ni nak jangkit kat orang lain. I believe it's just the same. Duduk negeri mana pun, kalau tak jaga SOP, akan spread juga. Jaga diri sendiri, jaga keluarga, practise sosial distancing. Selebihnya tawakal. Hidup kenalah diteruskan.

It's been scorchingly hot these past weeks. Lately ni baru hujan turun. My gardening activities masih diteruskan walaupun tak semai benih sayur baru. Panas sangat. Even tanam anak pokok jagung baru pun tak berjaya hidup.

Pokok jagung dalam pasu kat tepi rumah ni nampak sihat. Maafkan semak-samun tu. Nak panggil orang potong rumput macam membazir sebab rumput kat depan tak lah panjang nau. Minggu ni baru nampak semak ni naik sebab hujan sikit.
More pokok jagung. Tengah nak tanam cili api lagi 3-4 pokok. Baru lah best buat masak lemak cili api!
A few days ago I clearkan kunyit dalam satu pasu ni sebab nak guna pasu tu untuk alih anak pokok cili. Dapatlah sikit. Tapi bila belek-belek kunyit tu nampak ada yang pelik sikit rupanya. Definitely not kunyit. On closer inspection - laaa... kentang rupanya. Baru teringat I pernah tanam kentang dalam pasu tu tapi tak naik, so I tanam kunyit pulak. Rupanya ada cenonet sikit kat dalam tanah tu!
Pokok pisang tanduk berbuah lagi! Alhamdulillah...

I started March with a bang. Fitness wise. I managed to complete February Samsung challenge. Bukan senang nak dapat sebab February ada 28 hari je. Daily kena maintain dekat 7,400 steps. I managed to do it. Early March rasa macam lalalala je maintain 7,500 steps a day. But it didn't last long. Last Thurday I got my bout of SVT. Dah berbulan-bulan tak kena. Even though heartrate tak lah teruk pun tapi kali ni tersadai berhari-hari tak boleh buat apa. I felt breathless and my chest felt so tight. Even solat dari sujud berdiri balik pun rasa breathless. Allah... Alhamdulillah dari semalam dah rasa sihat cuma tak berani nak exercise lagi. So my step count has lagged behind. Nak catch up macam malas dah!

Seminggu sebenarnya tak masak ni! Hubbs kata tunggu sihat betul baru masak. Jadinya, hari-hari kerja belek Foodpanda dan GrabFood! Sampai dah tak tau nak order apa. Hari ni sebab dah rasa OK, keluar kejap dengan anak comel for lunch. Dia tengah final exam sekarang ni. Tinggal lagi 2 papers for this semester. As a mother, kita ni memang ada instinct lah kan. Boleh tau anak kita ni tengah stress walaupun dia tak tunjuk. Hari ni try new place di Seksyen 9 - MyViets. Kita try makanan Vietnam pulak.

Comelnya anak aku ni!
This pho is so, so good! Teringat makan pho kat Vietnam dulu-dulu!
Anak comel try salted egg fried rice. Sedap jugak.
Tapi dia kata ini paling sedap - spring rolls. Vietnam memang terkenal dengan spring rolls lah kan. The lime sauce was excellent.
Mommy dia dengan tak sedar diri minum kopi Vietnam. Memang sedap gila. Terus weng masa drive balik. Masa pergi Vietnam dulu sehari rasanya 3-4 kali minum kopi ni.
Ok selitlah satu gambar keluar dengan Hubbs sekali minggu lepas. Sekarang ni barulah boleh keluar naik kereta ikut kapasiti kan. Sebab tu Hubbs jarang ikut. KGB kat IOI City Mall ni memang super duper delicious lah. 

Sewing? Masih belum gerak lagi! Lately dok repair clothing je. Tukau getah pinggang lah. Pendekkan hem lah. Adalah projek dalam kepala tapi masih dalam kepala saja!

Take care all of you. Register vaccine Covid-19 ya tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Vaccine tu bukan nak menyembuhkan penyakit ya. Dan kalau ambik vaccine, memang tak ada 100% guarantee yang kita tak akan kena jangkitan. Tapi, kita nak create herd immunity. Kita nak protect diri kita dan orang keliling kita. Kalau ditakdirkan kita dapat jangkitan, kebarangkalian keterukkan jangkitan tu mungkin kurang berbanding kalau kita tak ambik vaccine. So, meh lah kita jalankan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat, sekaligus tanggungjawab sebagai orang Islam. Tapi tak ada paksaan. Cuma kalau tak nak ambik, janganlah condemn orang yang nak ambik. Sebenarnya, anda patut berterima kasih pada mereka yang ambik dan nak ambik. Sebab mereka lah yang akan create herd immunity dan menyelamatkan nyawa anda. 

Kalau tak paham, research. Kalau degil tak nak paham, all I can say is - tu la, dulu masa cikgu ajau Sains ko tido.

Comments