Skip to main content

MCO Day 44

Hari ni dah 7 hari kita berpuasa. MCO pula dah masuk hari ke 44. Last week, PM announced that the MCO will be extended until 12 May. Masuk Fasa 4. Alhamdulillah, new positive Covid-19 cases dah semakin menurun. Sekarang tinggal 2 digit sehari. Minggu ni paling rendah 31 case sehari. Memang rasa nak lompat bintang! MCO pun dah mula dilonggarkan sikit. University students yang stranded sejak MCO started dah ada yang dapat balik. Dua hari lepas dah boleh keluar 2 orang dalam kenderaan. Maknanya, kalau nak pergi drive-thru McD, I boleh lah ikut Hubbs untuk pegang food 😅. Tapi, walaupun dah mula longgar ni, I masih lagi belum keluar dari kawasan rumah. One of these days should go out with anak comel untuk beli food.

Speaking of food...
Dalam seminggu ni a few times masak something yang nostalgia untuk Hubbs. Just before puasa I masak tepung tumis. The day before tu birthday arwah my MIL. Teringat dulu-dulu tepung tumis ni favourite semua anak menantu cucu-cucu dia. Actually sampai sekarang. So, I pun masaklah sempena nak sambut puasa.
Inilah tepung tumis. Originated daripada masakan Cina. Senang saja buat sebenarnya. Cuma I kena lawan dengan cili api kicap sebab tak pedas. Satu periuk I buat, habis sampai ke titisan terakhir! Berlumba jugalah Hubbs dan anak comel makan.
Awal puasa I masak bubur pulut hitam. Sebenarnya I beli tomyam paste kat Shopee. Seller tu jual juga pulut hitam Siam ni. Sangat cantik rupanya. So, I beli sekali. First time buat bubur ni. Dah tau first time, buat masa puasa kan? Bila dah siap rupa dia nampak tak berapa lemak pulak. Hubbs suggested buat kuah santan asing macam dia makan masa kecik-kecik dulu. Teringat yang ada juga orang serve macam tu. So I pun buat... Hantar sikit kat rumah Jalan 3/7 sana. Satu periuk I masak terus habis! Alhamdulillah...
Shopee ni memang berhantu tau. Dah start membeli asyik nak scroll je! I tanya Mas kot mak dia buat kuah pecal tapi tak tau nak hantar macam mana time-time macam ni. I jumpa kuah pecal kat Shopee yang review kata sedap. So, trylah beli satu paket. Kuah pecal Aqilah namanya daripada Sabak Bernam. Sekali sedap gila! Pedas pulak tu. Kali ke 2 buat, I hantar sikit kat anak-anak sedara berdarah Jawa kat Jalan 3/7 tu. Punyalah dia orang suka. Seronok kan bila orang suka makan dan appreciate food yang kita hantar. Sampai nak tidur masih senyum sampai telinga 😊.

Fitness pulak...
I finished Samsung steps challenge today. The first badge untuk tahun ini!
Berjaya juga habiskan challenge!

I also finished the Get Fit At Home Challenge on BookDoc.
For AXA WalkatHome Challenge ni I dapat Silver medal saja. Tak terkejar sebab daily steps sama macam sebelum MCO!

Something new...
Grandma, kucing yang selalu datang makan kat rumah ni, beranak semalam. I must give credit to Hubbs yang sangat peka. Dia tau Grandma tu dah due dan masukkan dia dalam cage. Siap ada kotak sekali dalam tu. In between his work, his VC meetings, entah masa bila dia melayan si Grandma tu. So, now there are 4 kittens at our house. Kali ni takmo sayang dah 😏!
Inilah cucu-cucu baru.

My sewing...
I'm currently trying to make a face mask. Semalaman I research the most suitable fabric to use for DIY face mask. We don't have many medical face masks. Hubbs kalau keluar pakai mask yang dia pakai untuk bawak motor. Nak beli... entahlah. Anyway, based on my research, some fabrics can have almost the same effect as medical face masks i.e. 65%-70%. Tapi tak boleh lawan N95 masks lah. Suggested fabrics, among others, are high thread count cotton materials (selalunya kalau beli cadar akan cari high thread count cotton kan...) and flannel. Also listed are non-woven interfacing and felt. I'm listing fabrics yang I ada saja.
Experimenting making the first face mask. Batik is also considered high thread count cotton. Tapi yang cadar sedap tu lagi tinggi lah thread count dia! I've put in one layer of interfacing inside. So, I'm not making any gap to insert filter. Nak kena test whether comfortable and breathable ke tak. Itu penting.


Stay safe all of you. Stay at home. Selamat berpuasa.

Comments