Skip to main content

Our Week

Sedar-sedar, dah hari Khamis. Habis dah seminggu! Gosh, time really flies. What have I been doing pun tak tahu lah.

Let's see... I've been doing a lot of sewing lately. There goes my time. Mostly my own clothes - blouses and palazzo. Bukan apa, before I start doing other stuff, I nak clear out those remnants yang ada dalam kotak kain. Since I ni bukan ada banyak baju pun, dan those yang I jarang pakai dah masuk dalam plastic nak donate, I buatlah baju sendiri 😆. Cuma I belum try guna fabric knit je. Belum jumpa yang sesuai. That'll be the next project.
 Kurta Hubbs dah siap. Hubbs I ni dah gain weight sikit lah. Macam fit-fit nau lah pulak.
Bawak pergi solat Jumaat last week. Alhamdulillah... Tapi kena tarik nafas lebih sikit 😅.
 Godek-godek my fabric box, jumpa kain ni. Kain favourite dulu. Macam-macam dah buat guna kain ni. I saja yang tak ada. Jadinya, potonglah buat blouse.
 Two hours later - tadaaaa... Sleeve buat kembang sikit.
 Yang ni pulak sebenarnya warna dark blue. Lampu bilik ni lain macam pulak bila ambik gambar! Asalnya kain beli untuk buat seluar anak my friend Mas. Buat satu saja. Lagi satu kain dok simpan. Buatlah satu palazzo for myself. Tapi kain ni kasar dan keras sikit. Elok lah kan buat seluar. Oh, the pocket looks a bit awkward. Actually not really. I like to make such pockets to put my phone. Size ngam-ngam to fit my phone. Memang tak nampak pun sebab blouse labuh.
 Yang ni baru potong tadi. Kain como crepe ni beli sekali dengan kain batik. Kainnya dah lupa. Dah jual ke atau ada lagi... Lama juga tersadai dalam fabric box. Akhirnya buatlah baju untuk diri sendiri 😊. Oklah, dah dah lah tu. Errr... maybe another one kot. Last. Promise.
I got a pleasant surprise today. My Kak Lang gave me these - pola telekung. Alhamdulillah, now I can try making kids' telekung pulak. Thank you so much. Semoga murah rezeki.

Insyaallah esok fetch anak comel again. This week dia nak balik. Padahal next week dia ada mid-term exam. Isshhh... tak apalah. Duduk rumah dia still study. Maybe dia malas nak fikir pasal makan kot. Duduk rumah senang. Mommy dia yang pikir pasal makan. Tengah fikir-fikir nak ke mana dulu sebelum fetch dia. Her Friday class ends at 5.30pm. Banyak juga masa sementara menunggu dia habis class. 

Last week, Hubbs and I went to Mini Malaysia & Asean Cultural Park. Selama ni dok lalu saja. OK jugalah tempatnya walaupun banyak kawasan tutup for maintenance. Tapi tak ramai orang pergi. Orang sekarang travel suka cari makan daripada tengok benda-benda macam ni.
 Sampai saja culture show baru start. Siap ada joget lambak.
 Inilah rupa rumah original Selangor.
 Ni agak scary. Tangga nak ke kawasan dapur rumah panjang Sarawak. Guna kayu balak terus.
 Merangkak nak naik tangga weh!
 Mengimbau kenangan zaman kecik-kecik dulu selalu kena suruh kukur kelapa guna pengukur macam ni. Showed anak comel this picture. She was alarmed - "Tak bahaya ke kukur macam tu!". Kena hati-hatilah jangan kukur tangan sendiri!
Ada macam DO zaman British tak?

Esok nak ke mana pulak ya...

Comments