Skip to main content

Jeju Trip Day 1

Mula-mula dulu plan nak ke Jeju buat trip sendiri-sendiri. Tapi banyak juga susahnya kalau pergi sendiri. Antara kesusahan paling utama - Korea drive belah kiri 😅. Akhirnya Jay pilih Jeju Muslim Travel (JMT). I memang dah lama follow IG dia orang. Package nampak sangat menarik. Yang bestnya payment 4 installments. Sempatlah kumpul duit kan.

Flight ke Jeju ni tak banyak dan rasanya bukan setiap hari. Flight KL-Jeju jam 8 pagi dan Jeju-KL jam 4 petang. Oleh sebab group check in, kena ada kat KLIA2 jam 5 pagi. Jadinya, pagi-pagi buta dah terpacak di airport. One more thing, package dengan JMT ni walaupun trip ramai (in our case ada dekat 60 orang) tapi dia orang divide into groups of 10. Dan setiap group kecil ni ada tour guide sendiri. Yang penting naik van Starex bukan naik bas ramai-ramai tu.
 Trip kali ni achik-achik yang pergi cuma Jay and I sahaja. We joined family kakak Jay. Altogether dengan both of us ada 9 orang. (Sila abaikan muka sembab jam 5 pagi tu.)
Mereput kat airport dari 5 pagi sampai 8 pagi. Sebenarnya timing tu ngam-ngam saja. Pagi-pagi ramai orang beratur nak check-in. Immigration pun queue agak panjang. Ye lah kan, pagi-pagi buta lah flight ticket murah. Dah lah gate punya jauh menapak 😅.
 Flight ke Jeju 6 jam ya. Patah pinggang dibuatnya. Ini gambar pertama di Jeju masa tunggu transport sampai. Jay tengah kecewa tak jumpa mamat Korea handsome macam dalam movies 😉. Masa dalam airport OK lagi pakai T shirt. Tapi bila lalu depan pintu... angin sejuk dari luar masuk. Fuhhh... terus bukak knapsack keluarkan jacket.
 Sepanjang perjalanan ke hotel teruja tengok permandangan musim autumn.
Our dedicated tour guide Elisa. Sangat impressed with her driving skills.

We stayed at Champion Hotel di kawasan bandar lama Jeju. Tempat yang sangat OK sebab tak sesak. Peaceful saja. Tapi masih dekat dengan Dongmun Market dan Jungang Underground Mall. Walking distance dalam 10 minutes. 

Lepas check-in hotel, rehat kejap, ada briefing dengan team JMT. Next, dinner!
 Makanan Korea wajib ada banchan kan. Kimchi memang sentiasa ada. I memang suka kimchi. Dari first day, every time makan kimchi I akan tanya Jay - kimchi yang mana paling sedap. Our verdict - yang kita orang makan hari pertama ni.
Main dish ialah sotong ni. Masyaallah... sedapppp!

After dinner, free and easy. Oleh kerana tak boleh duduk diam, kita orang keluar jalan-jalan. Saja nak menikmati cuaca sejuk yang sangat nyaman tu. Elisa awal-awal lagi dah bagitau, it's the last week of autumn in Jeju. Winter came a bit early hence the cold weather. Malam tu temperature was 8 degrees.
Punyalah sejuk siap pakai gloves OK 😅

Comments