Skip to main content

Kisahnya...

Dah tak da idea nak buat post title apa 😅!

My telekung project - dah siap! Alhamdulillah... sebenarnya boleh siap semalam tapi macam saja take own sweet time. Verdictnya - susah juga jahit telekung ni. Bukan susah actually, macam remeh sikit ada certain places tu kena precise tempat start and end jahit. Ada tempat punyalah senang jahit lurus saja. I tested kurangkan 1 inch kat getah muka untuk fit anak comel. Alhamdulillah memang ngam-ngam saja. I jahit memang slow sikit. Sebab nak make sure precise. Susah juga ada sikit-sikit OCD ni. Senget sikit jahitan terus stop, buka dan jahit semula!
 Inilah hasil kejadiannya...
Anak comel suka dapat telekung baru 😘

Esok boleh start project baru 💪. Buku yang Mas bagi dulu tu I dah study. Ooooo... baru faham. Masa baca mula-mula dulu tak boleh nak imagine. Kali ni sebab dah ada idea nak buat apa, baru faham prosesnya. 

Other than that... Fitness story, CBF dah tak ada ladies class starting next month. Alaaa... nak workout kat mana ni? Nampaknya kena start jogging balik. And buat workout sendiri kat rumah depan YouTube. Sedihlah pulak. I dah join CBF dari lepas Raya tahun lepas. Setahun lebih dah. Takda kawan workout dah lepas ni 😓. Bukan tak ada tempat lain, tapi I suka CBF sebab paling penting - takda nak jual product kurus dan takda zumba. Hahaha... strong zumba ada. Tu I suka.

Anyway, Samsung challenge bulan ni memang ke laut lah. Tapi untuk BookDoc, still OK lagi. At least dapat silver medal achieve 50,000 steps. 

Medals setakat ni 😅. Sekali je dapat finish 100,000 steps. Petron challenge. Tapi tak dapat hadiah lucky draw.

Finally, hari ni acara perasmian kasut. Tengahari tadi pergi Alamanda kejap for lunch. Taklah jauh sangat jalan. Kasut lama masih berguna. Pakai petang tadi pusing taman satu round dan main badminton kat tepi rumah 😄. 
Semoga selesa. Semoga jadi teman to many more places. Insyaallah.

Comments