Skip to main content

Menu Bulan Puasa

Puasa dah nak masuk hari ke-3. Setakat ni masih tabah masak untuk berbuka 😅. Kot nak cari idea nak masak apa untuk berbuka, meh I share menu.

Menu semalam:
Paru goreng berlado yang tak berapa pedas, sayur stir fry lebihkan kuah, ayam sweet sour tak jadi sebab sos plum dalam fridge dah expired rupanya bulan lepas tukar kepada ayam tomato, dan kambing masak rempah leftover semalamnya.

Menu hari ni: tak ada gambar!
Dah buka dan kenyang baru ingat nak ambik gambar 😂.
 Salah satu dish - masak lemak cili api perut dengan rebung. Fuh, first time masak ni! Alhamdulillah jadi. Gambar ni hantar WA kat Hubbs sebab nak tunjuk I masak jadi 😁. Dia makan punyalah banyak! Dishes yang lain - sup cendawan letak ayam, kentang dan suhun, dan goreng berlada tempe dan ikan bilis.
Dah 2 hari puasa belum beli kuih lagi kat pasar ramadan. Oleh kerana malam semalam ada orang balik surau lepas Terawih dok melaung cakap dia lapar, hari ni I try buat kuih paling senang dan cepat. Bingka pandan. Ada orang panggil kuih bakar gak rasanya. Resepi ambik daripada TiffinBiru. Sedap tapi lembik sikit. I think kena masuk oven at least lagi 15 minutes kot. Lagipun tak boleh nak sabar. Suam-suam lagi dah potong!

Comments