Skip to main content

Orang Datang Beraya!

Semalam terima kunjungan family Angah. Alhamdulillah... sila-sila😍. Sebelum Raya memang dah simpan stock lamb shoulder cubes. Kot ada yang nak bertandang ke rumah, boleh masak Nasi Arab. Kebetulan menu memang sangat sesuai dengan family Angah yang kaki makan kambing. Yang bagusnya nasi ni tak ambil masa banyak untuk masak. I masak petang, sebelum Maghrib dah settle.
Seperiuk nasi Arab plus sekilo lamb shoulder cubes. Nak cari nasi kena selak kambing! Lepas dikerjakan, ada lagi tinggal for us perangat buat lunch hari ni.
Ada extra lauk - ayam masak merah. Yang ni tak sangka mendapat sambutan. Sebab tinggal seketul je. Sapa yang tinggalkan tu? Habiskan lah!
Terang-benderang rumah malam tadi! Riuh macam-macam cerita keluar.
Ada pulak kutu ambik gambar tuan rumah tengah kira berapa ekor kambing habis😂. Gambar ni sebelum dia request kopi kampung!

Comments