Skip to main content

Pelan-pelan Jalan...

Hari ni berjaya sambung semangat semalam. Lepas hantar Aliyah sekolah terus ke Vista. Walaupun agak gelap, hari tak hujan. Hari ni jalan sahaja. Bukan apa, macam malas nak lari. Lagipun, ada 2 ekor anjing pulak kat situ tengah tidur. Aishh... kalau lari nanti takut anjing tu terkejut bangun daripada tidur dan terus ada adegan kejar-mengejar.

Half way through ada sorang Chinese guy (ke Malay ek? entah!) started his walk. Sebelum start dia halau anjing tu dulu. Siap baling batu. Berterabur anjing tu lari. Mula-mula I rasa irritated jugak. Kenapa nak kacau anjing tu tidur. But then... bagus jugak sebenarnya dia halau. Kita mana nak tau macam mana anjing liar ni respond kan. Tadi elok tidur, tiba-tiba bangun kejar orang pulak!
 Hari ni start awal. Dapat exercise 32 minutes.
I'm putting this "fitness tracker" in my scrapbook. Kira macam pledge to myself. Sebelah tu cerita pasal I habis baca the first book of the year end January. Target juga tu. Nak baca satu buku satu bulan.

Comments